PM M'sia Anwar bertegas tidak beri jaminan lepaskan sesiapa daripada hukuman
PM Malaysia, Anwar Ibrahim, semasa Program Pertemuan Mahabbah Perdana Menteri bersama Ulama dan Asatizah di Seri Perdana, di Putrajaya pada Ahad (11 Dis). (Gambar: Facebook/Anwar Ibrahim)
Sekiranya beliau mampu kompromi seperti itu, Encik Anwar berkata beliau sudah menjadi Perdana Menteri Malaysia sejak bertahun-tahun lalu, lapor BH Online.
"Begitu juga kebebasan, profesionalisme, badan-badan kerajaan. Saya adakan beberapa pertemuan dengan ketua polis negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Peguam Negara dan lain-lain institusi yang memberi gesaan yang sama.
"Saya nak membuktikan bahawa ada orang Melayu, anak Melayu yang gunakan kuasa untuk menjaga dan membela nasib rakyat terbanyak. Saya nak buktikan bahawa orang yang percaya kepada Islam itu dihormati, diyakini kerana prinsip rahmah dan keadilan yang ditegakkan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucaptama Program Pertemuan Mahabbah Perdana Menteri bersama Ulama dan Asatizah di Seri Perdana, di Putrajaya pada Ahad (11 Dis).
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.