PM M'sia Anwar akan umum barisan kabinet 'sesegera mungkin'; ambil kira pandangan semua pihak
Pembentukan Kabinet kerajaan perpaduan akan dibuat secepat mungkin selepas mengambil kira pandangan daripada semua parti dalam kerajaan, kata Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim. (Gambar: BERNAMA)
Beliau berkata perkara itu harus diteliti memandangkan saiz Kabinet dalam kerajaan perpaduan akan dikecilkan.
“Seperti mana saya sebut, tidak seperti biasa, kerajaan perpaduan ini melibatkan lapan parti.
“Kalau dulu (kerajaan terdahulu) masuk (lantik) 50, 60 (ahli Kabinet) okay saja. Tak cukup lagi, (lantik pula) duta dan penasihat khas. Saya tidak sanggup buat begitu,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya pada Isnin(28 Nov).
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata beliau akan mengambil kira pandangan semua pihak mengenai pelantikan anggota kabinet.
Beliau berkata pelantikan barisan anggota Kabinet masih dibincangkan.
Encik Anwar diminta mengulas gesaan pelbagai pihak agar tidak melantik ahli parlimen yang mempunyai pertuduhan rasuah dalam kabinet.
"Pandangan semua kita ambil kira.
"Tapi seperti mana kita tahu dari segi undang-undang, hanya setelah ada hukuman...yang lain itu akan diberi pertimbangan," katanya.
Sementara itu, ketika ditanya bila pengumuman akan dibuat mengenai jawatan kabinet, Encik Anwar berkata ia akan berlaku "sesegera mungkin".
“Seperti yang saya katakan, ini bukan perkara biasa. Kerajaan perpaduan ini melibatkan banyak pihak, oleh itu sebelum saya membuat keputusan, saya mesti mendengar semua pandangan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.