PM May gesa EU kerjasama dengan beliau untuk capai perjanjian baru Brexit
Perdana Menteri Britain, Theresa May, akan menyeru Kesatuan Eropah (EU) pada Khamis (7 Feb) supaya bekerjasama dengannya untuk menggubal perjanjian perpisahan dan membantunya mendapat sokongan parlimen agar perpisahan negaranya dari kesatuan itu dapat berjalan dengan lancar.
Perdana Menteri Britain Theresa May mendapat tentangan Britain keluar dari Kesatuan Eropah. (Gambar: Emmanuel Dunand/AFP)
LONDON: Perdana Menteri Britain, Theresa May, akan menyeru Kesatuan Eropah (EU) pada Khamis (7 Feb) supaya bekerjasama dengannya untuk menggubal perjanjian perpisahan dan membantunya mendapat sokongan parlimen agar perpisahan negaranya dari kesatuan itu dapat berjalan dengan lancar.
Sebelum rundingan dengan para pemimpin EU di Brussels, Cik May akur tugasnya - memaksa perubahan pada perjanjian yang dibuat hampir tiga bulan lalu - bukan sesuatu yang mudah. Satu sumber pemerintah memberitahu bahawa tiada jangkaan untuk mencapai sebarang perjanjian pada Khamis.
Namun, Cik May akan memberitahu Presiden Suruhanjaya Eropah, Jean-Claude Juncker, Presiden Majlis Eropah, Donald Tusk dan anggota parlimen Eropah bahawa beliau mahu bekerja dengan "segera" bersama mereka untuk mencapai perubahan yang menurutnya akan mendapat sokongan parlimen.
Hanya beberapa minggu selepas parlimen menolak perjanjian Brexitnya, Cik May kini perlu meyakinkan EU untuk menggubal Perjanjian Perpisahan untuk mendapatkan kelulusan para penggubal undang-undang sebelum Britain dijadual berpisah dengan EU pada 29 Mac ini.
Jika gagal, Britain berserta Cik May akan berdepan dengan masa depan yang tidak menentu. Beberapa senario mungkin berlaku - perpisahan tanpa sebarang perjanjian, yang menurut beberapa perniagaan akan meranapkan ekonomi; pungutan suara yang baru; pilihan raya awal atau tidak meninggalkan EU langsung.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.