Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PM Malaysia rombak kabinet; Ismail Sabri Yaakob dinaikkan pangkat menjadi Timbalan PM

Encik Ismail Sabri Yaakob hari ini dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan kekal memegang portfolio Menteri Pertahanan.

Anggaran Waktu Membaca:
PM Malaysia rombak kabinet; Ismail Sabri Yaakob dinaikkan pangkat menjadi Timbalan PM

Ismail Sabri Yaakob (kiri) dan Hishammuddin Hussein. (Gambar fail: Bernama)

Diterbitkan : 07 Jul 2021 05:41PM Dikemas Kini : 07 Jul 2021 05:43PM

KUALA LUMPUR: Encik Ismail Sabri Yaakob hari ini dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan kekal memegang portfolio Menteri Pertahanan.

Pelantikan yang dibuat Perdana Menteri Muhyiddin Yassin itu diumumkan menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Kenyataan itu turut mengumumkan pelantikan Hishammuddin Hussein sebagai Menteri Kanan yang mengetuai Kluster Keselamatan dan mengekalkan portfolio sebagai Menteri Luar.

“Pelantikan ini akan dapat membantu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menguruskan pentadbiran negara dan memenuhi keperluan rakyat dalam keadaan negara sedang menghadapi krisis kesihatan dan ekonomi pada masa ini," menurut kenyataan itu.

Pelantikan Encik Hishammuddin pula akan membantu perdana menteri dalam pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara.

Kedua-dua pelantikan berkenaan telah disembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan berkuat kuasa serta-merta.

Pejabat Perdana Menteri turut memaklumkan pelantikan itu diharap akan dapat meningkatkan lagi keupayaan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) khususnya dalam menghadapi pandemik COVID-19 yang sedang dihadapi negara.

Selain itu, ia diharap dapat memperkuatkan lagi perpaduan dalam kalangan parti-parti yang membentuk kerajaan serta memperkukuhkan kerajaaan PN dengan tadbir urus yang telus, bebas rasuah dan berintegriti.

“Pejabat Perdana Menteri mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ismail Sabri dan Hishammuddin di atas pelantikan ini,” kata kenyataan itu.

Sumber : Bernama/SU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan