Skip to main content

Dunia

PM Malaysia masih menanti surat peletakan jawatan Anthony Loke

Anggaran Waktu Membaca:
PM Malaysia masih menanti surat peletakan jawatan Anthony Loke

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 26 Sep 2026 10:14PM Dikemas Kini : 26 Sep 2026 10:15PM
SHAH ALAM: Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim masih belum menerima surat peletakan jawatan Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

“Tunggu surat (peletakan jawatan),” katanya ringkas bagi mengulas hasrat Encik Loke untuk meletak jawatan Kabinet itu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui para wartawan selepas Program Himpunan Mesra Alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM) bersama dengan Perdana Menteri di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam pada Sabtu (26 Sep).

Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP itu berkata beliau kekal dengan pendiriannya untuk meletak jawatan sebagai Menteri Pengangkutan, susulan keputusan pengampunan bersyarat bagi bekas Perdana Menteri Najib Tun Razak.

Encik Loke mengumumkan hasrat meletak jawatan Kabinet selepas mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP pada 19 Sep. 

Ahli Parlimen Seremban itu berkata beliau akan menyerahkan surat peletakan jawatan itu sekembalinya ke tanah air dari China.  

Ketika diminta mengulas berhubung tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) mengeluarkan perintah penggantungan terhadap semua aktiviti Perikatan Nasional (PN) yang dikaitkan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kelak, Encik Anwar meminta perkara tersebut telah dirujuk kepada Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail.

RoS mengeluarkan perintah penggantungan terhadap semua aktiviti PN berkuat kuasa pada 23 Sep.

Menurut kenyataan RoS, tindakan itu diambil di bawah Subseksyen 13(2A) Akta Pertubuhan 1966 susulan notis yang dikeluarkan kepada PN pada 22 Sep 2026.
Sumber : Bernama/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita