Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PM Mahathir dilantik pengerusi Khazanah

PM M'sia, Mahathir Mohamad dilantik sebagai pengerusi lembaga Khazanah Nasional Berhad dengan serta-merta

Anggaran Waktu Membaca:
PM Mahathir dilantik pengerusi Khazanah

Gambar fail Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad. (Gambar: Lai Seng Sin/ Reuters)

Diterbitkan : 30 Jul 2018 11:02PM Dikemas Kini : 30 Jul 2018 11:04PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia, Mahathir Mohamad dilantik sebagai pengerusi lembaga Khazanah Nasional Berhad dengan serta-merta menurut kenyataan Jabatan Perdana Menteri hari ini (30 Jul).

Mohamed Azmin Ali, Mohd Hassan Marican, Sukhdave Singh dan Goh Ching Yin juga dilantik sebagai para pengarah dana pelaburan kerajaan itu.

Pelantikan pengarah urusan Khazanah Nasional akan diumumkan pada tarikh lain, menurut kenyataan tersebut.

Encik Azmin ialah Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Encik Sukhdave mantan timbalan gabenor Bank Negara Malaysia dan Encik Mohd Hassan Marican ialah mantan presiden dan ketua pegawai eksekutif Petronas.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng sebelum ini menyatakan dana dari Khazanah digunakan oleh kerajaan sebelumnya untuk membayar sesetengah hutang 1MDB.

Minggu lalu, kesemua sembilan anggota lembaga Khazanah meletak jawatan sebagai respons kepada kritikan PM Mahathir berhubung pengurusan syarikat-syarikat yang berkaitan dengan kerajaan Malaysia.

Sumber : Agensi berita/HS/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan