Skip to main content

Dunia

PM M'sia Muhyiddin seru rakyat cekal hadapi rintangan, pertahan kemerdekaan

Perdana Menteri Malaysia Muhyiddin Yassin berkata rakyat perlu cekal menempuh sebarang rintangan yang mendatang selain menanam azam untuk mempertahankan kemerdekaan negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
PM M'sia Muhyiddin seru rakyat cekal hadapi rintangan, pertahan kemerdekaan

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 30 Aug 2020 06:06PM Dikemas Kini : 30 Aug 2020 06:08PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia Muhyiddin Yassin berkata rakyat perlu cekal menempuh sebarang rintangan yang mendatang selain menanam azam untuk mempertahankan kemerdekaan negara itu.

Dalam satu video sepanjang tiga minit yang dimuat naik menerusi laman Facebooknya hari ini (30 Ogos), Encik Muhyiddin meluahkan kata-kata semangat bersempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-63 yang akan dirai esok (31 Ogos).

"Ayuh anak bangsaku, kita sambut cabaran baharu dalam kehidupan normal baharu, walaupun apa jua rintangan mendatang kita tempuh dengan dengan kecekalan dan kesungguhan yang tinggi.

"Adalah suatu permulaan dalam sejarah hidup kita dalam meniti satu perjalanan yang sangat panjang, 63 tahun menelusuri kedamaian yang kita kecapi selama ini, demi tanah air, demi anak bangsa, walau berbeza namun kita adalah sama, tanpanya tidak wujud keamanan ini," katanya.

Beliau turut mendoakan kesejahteraan pahlawan-pahlawan yang telah gugur mempertahankan kedaulatan negara selama ini.

"Ya Allah, Kau rahmatilah negara ini, Kau muliakan pahlawan-pahlawan yang gugur perjuangkan negara ini, Kau berikan kami kekuatan untuk terus maju sebagai satu bangsa berjaya.

"Saya Muhyiddin Yassin, saya anak Malaysia, Selamat Hari Kebangsaan, Merdeka! Merdeka! Merdeka! Malaysia prihatin," katanya.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita