PM M'sia Muhyiddin mempengerusikan mesyuarat Kabinet pertama
Perdana Menteri Malaysia Muhyiddin Yassin pada Rabu (11 Mac) mempengerusikan mesyuarat Kabinet yang pertama di Perdana Putra, Putrajaya.
(Gambar: BERNAMA)
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Malaysia Muhyiddin Yassin pada Rabu (11 Mac) mempengerusikan mesyuarat Kabinet yang pertama di Perdana Putra, Putrajaya.
Mesyuarat yang bermula pada pukul 9.25 pagi itu dihadiri kesemua 31 menteri yang dilantik.
Sebelum mesyuarat Kabinet itu bermula, Encik Muhyiddin menyertai sesi bergambar bersama para menteri.
Pada Isnin (9 Mac), Encik Muhyiddin mengumumkan barisan Kabinet, yang buat pertama kali dalam sejarah negara, tidak menamakan timbalan perdana menteri.
Encik Muhyiddin sebaliknya mengumumkan pelantikan empat menteri kanan iaitu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mohamed Azmin Ali; Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob; Menteri Kerja Raya Fadillah Yusof dan Menteri Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin.
Menteri-menteri Kabinet yang dilantik mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah di Istana Melawati di Putrajaya pada Selasa.
Encik Muhyiddin, 72 tahun, mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelapan pada 1 Mac.
Turut hadir dalam mesyuarat Kabinet pertama itu ialah Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali dan Timbalan Ketua Setiausaha (Kabinet), Dr Farizah Ahmad.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.