Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PM Lee gesa gandakan usaha tangani perubahan iklim

Semasa berucap di Sidang Puncak Tindakan Iklim Setiausaha Agung PBB pula, PM Lee menggesa para anggota badan dunia itu menggandakan usaha menangani perubahan iklim.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 24 Sep 2019 06:58PM Dikemas Kini : 24 Sep 2019 09:37PM

NEW YORK: Semasa berucap di Sidang Puncak Tindakan Iklim Setiausaha Agung PBB pula, PM Lee menggesa para anggota badan dunia itu menggandakan usaha menangani perubahan iklim.

"Perubahan iklim adalah cabaran utama sejagat. Sebagai para pemimpin, kita semua bertanggungjawab untuk memainkan peranan dalam mendapatkan sokongan rakyat kita bagi pembangunan yang mampan serta meyakinkan dan mendidik mereka bahawa usaha-usaha ini adalah penting untuk melindungi masa depan mereka dan masa depan anak cucu mereka, menurut PM Lee.

PM Lee menambah bahawa Singapura sedang memainkan peranannya dalam usaha itu.

Namun, sebagai negara kecil dan bersifat bandar dengan akses terhad kepada sumber-sumber tenaga alternatif, Singapura tidak boleh menghentikan perubahan iklim secara sendirian.

Beliau menggesa semua negara anggota PBB memainkan peranan mereka kerana kesan kenaikan suhu bumi, seperti penyakit-penyakit baru dan cuaca yang melampau, akan menjejas semua negara.

Sumber : CNA/RU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan