Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PM Lee akan hadiri upacara persemadian negara buat mantan perdana menteri Jepun

Anggaran Waktu Membaca:
PM Lee akan hadiri upacara persemadian negara buat mantan perdana menteri Jepun

Shinz Abe, perdana menteri Jepun yang paling lama berkhidmat, ditembak semasa kempen pilihan raya pada Julai 2022. (Gambar: Sam Yeh/AFP)

SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong akan menghadiri upacara pengebumian negara bagi mantan perdana menteri Jepun Shinzo Abe di Tokyo. Demikia menurut jurucakap Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada Jumaat (9 Sep) sebagai respons kepada pertanyaan media.

Mendiang Abe ditembak mati semasa satu perhimpunan pilihan raya pada 8 Julai lalu.
Sekitar 6,000 tetamu termasuk orang kenamaan luar dijangka menghadiri upacara buat perdana menteri Jepun yang paling lama berkhidmat itu. Ia bakal diadakan pada 27 September di dewan Nippon Budokan di Tokyo.

Para pemimpin dunia lain yang sudahpun mengesahkan kehadiran mereka termasuk Naib Presiden Amerika Syarikat Kamala Harris dan Perdana Menteri Australia Anthony Albanese.

Para pegawai Jepun menyatakan pada lewat Ogos lalu bahawa Perdana Menteri India Narendra Modi merancang untuk menghadiri upacara persemadian tersebut.

Seorang wakil dari Taiwan juga akan hadir, namun pemerintahnya belum memutuskan pegawai yang akan dihantarnya.

Sementara itu, China belum mengumumkan siapa yang akan menghadiri upacara tersebut atau jika ia akan menghantar seorang wakil sama sekali. Kremlin menyatakan pada Julai bahawa Presiden Rusia Vladimir Putin tidak akan menghadiri upacara persemadian itu.

Pemerintah Jepun sebelum ini sudahpun meluluskan belanjawan sebanyak AS$1.83 juta (S$2.5 juta) bagi upacara tersebut. Namun, ia menghadapi kritikan bagi meluluskan apa yang dianggap sebagai angka yang tidak realistik. Jumlah itu tidak termasuk perbelanjaan yang besar untuk keselamatan dan menerima kerabat VIP.

Keputusan Perdana Menteri Fumio Kishida untuk mengadakan upacara pengebumian negara itu menyebabkan tentang awam yang hebat, sebahagian besarnya disebabkan pendedahan tentang hubungan antara parti pemerintah dan Gereja Penyatuan.
Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan