PM Korea Selatan positif COVID-19

Gambar: Agensi Berita/ The Korea Times
SEOUL: Perdana Menteri Korea Selatan Kim Boo-kyum diuji positif COVID-19 pada Khamis (3 Mac) menurut pejabat beliau. Ini sedang kes jangkitan harian minggu ini mencecah paras yang belum pernah berlaku, dipacu oleh varian Omicron yang amat berjangkit.
Encik Kim memimpin usaha antivirus dengan menghadiri mesyuarat berkala bersama para pegawai dan pakar serta melawat kemudahan perubatan dan pendidikan untuk memeriksa kerja-kerja kuarantin selain mempromosikan vaksinasi.
"Beliau sudah mula batuk sedikit pagi tadi tetapi setakat ini, beliau hanya mengalami gejala selesema ringan," seorang pegawai di pejabat perdana menteri itu memberitahu Reuters.
Menurut satu kenyataan oleh pejabatnya, Encik Kim sudah mula menerima rawatan di rumah dan dan mesyuarat antivirus agensi akan diketuai oleh para pegawai lain buat sementara waktu ini.
Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA) melaporkan 198,803 kes baru COVID-19 setakat tengah malam Rabu (2 Mac), sehari selepas jumlah kes harian mencatat paras rekod sebanyak 219,241 kes.
Jumlah kematian harian meningkat untuk mencatat rekod 128, membawa angka korban kepada 8,394.
Kes serius meningkat kepada 766 berbanding kira-kira 300 kes pada dua minggu lalu.
Penguasa kesihatan menganggarkan bahawa gelombang jangkitan semasa akan berlarutan dan memuncak pada sekitar 330,000 kes sehari menjelang pertengahan Mac.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.