Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PM Korea Selatan gesa orang ramai henti siar komen kebencian, rakaman tragedi Itaewon

Anggaran Waktu Membaca:
PM Korea Selatan gesa orang ramai henti siar komen kebencian, rakaman tragedi Itaewon

Tempat kejadian di mana berlakunya rempuhan di Itaewon, Seoul. (Gambar: ANTHONY WALLACE/AFP)

SEOUL: Perdana Menteri Korea Selatan Han Duck Soo pada Isnin (31 Okt) menyeru orang ramai supaya tidak menyiarkan komen berunsurkan kebencian atau berkongsi rakaman dan maklumat yang tidak sah mengenai rempuhan maut yang mengorbankan lebih 150 nyawa pada Sabtu, lapor Agensi Berita Yonhap.

“Sesetengah pengguna media social didapati menyiarkan komen berunsurkan kebencian mengenai mangsa dan berkongsi maklumat salah serta rakaman provokasi mengenai insiden itu.

"Saya merayu agar pengguna media sosial menghentikan tindakan seperti ini," kata Encik Han dalam sesi mesyuarat maklum balas pemerintah pusat.

Pemerintah kata beliau akan melakukan yang terbaik untuk memberi bantuan kepada ahli keluarga mangsa mengenai prosedur pengebumian termasuk mereka yang di luar Seoul dan dari luar negara.

Insiden berlaku pada Sabtu malam apabila sekumpulan besar pengunjung berkumpul sempena pesta Halloween dan memenuhi lorong sempit selebar 3.2 meter di Itaewon, Seoul.

"Pemerintah akan meneliti secara menyeluruh punca kemalangan dan melakukan yang terbaik bagi menyemak semula dasar yang diperlukan supaya tragedi seperti itu tidak berulang," kata Encik Han.

Beliau juga meminta majlis perbandaran Seoul dan pejabat Yongsan Ward untuk meningkatkan usaha tindak balas termasuk menjalankan upacara keagamaan.

Encik Han turut menyampaikan penghargaannya kepada orang ramai yang terlibat dalam usaha menyelamat di tempat kejadian.
Sumber : Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan