Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PM Korea Selatan bentang langkah keselamatan jelang acara sorakan sempena Piala Dunia

Anggaran Waktu Membaca:

SEOUL: Perdana Menteri Han Duck-soo pada Isnin (28 Nov) mengarahkan pihak berkuasa supaya memastikan terdapat langkah-langkah keselamatan untuk peminat Piala Dunia yang dijangka berhimpun di jalan raya bagi acara sorakan, memandangkan Korea Selatan akan berlawan dengan Ghana lewat Isnin. 

Puluhan ribu peminat dijangka mengadakan acara sorakan di Gwanghwamun, pusat Seoul untuk menyokong pasukan Korea Selatan dalam perlawanan kedua Piala Dunia di Qatar, meskipun agensi cuaca negara meramalkan cuaca sejuk dan hujan pada lewat Isnin. 

"Ketua pemerintah tempatan dan ketua jabatan polis dan bomba harus memeriksa langkah pengurusan kesesakan lebih terdahulu untuk bersiap sedia sekiranya hujan," kata Encik Han, menurut Pejabat bagi Penyelarasan Dasar Pemerintah. 

Polis menjangkakan lebih 30,000 orang berhimpun untuk acara sorakan di Gwanghwamun, lapor Yonhap, dan merancang untuk mengerahkan sekitar 870 pegawai polis, termasuk 160 pegawai dan 20 komando, untuk memastikan ketenteraman di tempat berkenaan, menurut para pegawai. 

Para pegawai menyatakan mereka turut merancang untuk mengerahkan pegawai polis ke lima lagi lokasi di bandar Incheon, Suwon, Anyang dan Uijeongbu, di mana acara sorakan dijangka akan berlangsung.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan