PM Kanada Trudeau akan letak jawatan selepas 9 tahun
Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau berkata pada Isnin (6 Jan) bahawa beliau akan meletakkan jawatan dalam masa beberapa bulan akan datang ini selepas memegang tampuk kepimpinan negara selama sembilan tahun.
(Gambar: AFP)
Dalam satu sidang media, Encik Trudeau berkata beliau akan terus menyandang jawatan sebagai perdana menteri dan ketua parti Liberal sehingga parti tersebut melantik ketua baharu dalam masa beberapa bulan ini.
"Negara ini berhak mendapat pilihan sebenar dalam pilihan raya seterusnya, dan ia semakin jelas kepada saya bahawa jika saya tidak dapat menangani konflik dalaman, saya bukan pilihan terbaik dalam pilihan raya itu," kata Encik Trudeau.
Beliau juga mengumumkan Parlimen akan digantung sehingga 24 Mac.
Ini bermakna pilihan raya tidak mungkin diadakan sebelum Mei, justeru Encik Trudeau tetap bertanggungjawab menangani ancaman tarif apabila Presiden dilantik Amerika Donald Trump mula berkhidmat pada 20 Januari.
Pilihan raya seterusnya perlu diadakan sebelum 20 Oktober.
Tinjauan bahkan menunjukkan para pengundi yang tidak berpuas hati mengenai kenaikan harga dan kekurangan bekalan rumah yang boleh dimampui, berkemungkinan akan melantik parti pembangkang Konservatif dan menyebabkan kekalahan parti Liberal, tidak kira siapa pun yang memimpin parti tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.