PM Kanada Mark Carney bakal bincang perdagangan, hubungan dua hala sempena lawatan ke China
Perdana Menteri Kanada Mark Carney pada Selasa (13 Jan) akan memulakan lawatan negara ke China, yang pertama bagi seorang pemimpin Kanada dalam tempoh lapan tahun, dengan matlamat untuk membincangkan perdagangan dan membina semula hubungan selepas bertahun-tahun ketegangan diplomatik.
Anggaran Waktu Membaca:
KANADA: Perdana Menteri Kanada Mark Carney pada Selasa (13 Jan) akan memulakan lawatan negara ke China, yang pertama bagi seorang pemimpin Kanada dalam tempoh lapan tahun, dengan matlamat untuk membincangkan perdagangan dan membina semula hubungan selepas bertahun-tahun ketegangan diplomatik.
Presiden China Xi Jinping menjemput Encik Carney pada Oktober lalu semasa satu pertemuan di luar sidang Puncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC), yang disifatkan Encik Carney sebagai satu “titik perubahan” bagi hubungan tegang antara kedua-dua negara itu.
Lawatan dari 13 hingga 17 Januari itu bertujuan untuk “memperkukuh kerjasama dalam bidang perdagangan, tenaga, pertanian dan keselamatan antarabangsa”, menurut seorang jurucakap Encik Carney kepada AFP.
“Ia merupakan satu langkah besar ke hadapan,” kata Gordon Houlden, mantan diplomat Kanada dan pengarah Institut China Universiti Alberta.
Encik Houlden memberitahu AFP bahawa jika “sebahagian masalah perdagangan yang menjejaskan eksport kita berpunca daripada faktor politik, maka menyelesaikan punca politik itu mungkin, atau sepatutnya, memberi kesan positif terhadap perdagangan”.
Pemimpin Kanada terakhir yang melawat China ialah Justin Trudeau, pada Disember 2017.
Hubungan kedua-dua negara merosot pada 2018 selepas penahanan seorang eksekutif kanan gergasi teknologi China, Huawei, di Vancouver atas waran Amerika Syarikat, serta tindakan balas China yang menahan dua warga Kanada atas tuduhan pengintipan.
China juga dituduh campur tangan dalam pilihan raya Kanada dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
"ISU KONTROVERSI YANG JADI PERHATIAN"
Encik Carney akan bertemu dengan Perdana Menteri China Li Qiang dan para pemimpin perniagaan bagi rundingan perdagangan, yang akan menumpukan kepada usaha untuk menarik pelabur baharu dan mendapatkan perkongsian strategik.
Dalam menghadapi perlindungan ekonomi dan serangan daripada Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, beliau juga akan berusaha membangunkan pasaran baharu bagi mengurangkan kebergantungan ekonomi Kanada kepada jirannya di selatan.
China kini merupakan rakan dagang kedua terbesar Kanada, dengan perdagangan dua hala mencecah 118.7 bilion dolar Kanada (S$109.78 bilion), pada 2024.
“Lawatan ini penting kerana China jelas merupakan kuasa besar yang tidak dapat dielakkan,” kata Guy Saint-Jacques, duta Kanada ke China dari 2012 hingga 2016, kepada AFP.
Beliau berkata perjanjian berhubung bekalan tenaga China dan kenderaan elektrik antara hasil yang berkemungkinan dicapai daripada perbincangan itu.
Namun, katanya, “isu kontroversi yang menjadi perhatian” adalah isu sensitif berhubung tarif.
Sejak musim panas 2024, Ottawa dan Beijing berbalas langkah perdagangan, dengan Kanada mengenakan tarif ke atas kenderaan elektrik dan keluli China, manakala Beijing bertindak balas dengan mengenakan cukai ke atas produk pertanian termasuk kanola.
“Apa jua perjanjian yang dimeterai Kanada dengan China akan diteliti di Washington dan mungkin mempunyai implikasi” terhadap rundingan tiga pihak dengan Washington dan Mexico berhubung perjanjian perdagangan bebas yang dijadual dirunding semula pada tahun ini, kata Vina Nadjibulla, naib presiden Yayasan Asia Pasifik Kanada.
Cabaran Encik Carney adalah “memajukan objektif ekonomi tanpa mengorbankan keutamaan keselamatan negara dan keselamatan ekonomi kita”, tambah beliau.
Selepas lawatannya ke Beijing, Encik Carney dijadualkan ke Qatar bagi lawatan dua hala sebelum menuju ke Switzerland untuk menghadiri mesyuarat tahunan Forum Ekonomi Dunia di Davos.

Sumber : AFP/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.