PM Kanada Justin Trudeu dijangka hilang kuasa
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar fail: Dave Chan / AFP)
OTTAWA: Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau dijangka akan kehilangan kuasa awal tahun depan selepas sekutu utamanya mengumumkan rancangan untuk menggulingkan pemerintah minoriti Liberal, sekali gus membuka laluan kepada pilihan raya diadakan.
Ketua Parti Demokratik Baharu (NDP), Jagmeet Singh, yang sebelum ini menyokong Encik Trudeau untuk kekal berkuasa, akan mengemukakan usul tidak yakin secara rasmi selepas Dewan Rakyat kembali bersidang pada 27 Januari depan.
Sekiranya semua parti pembangkang menyokong usul tersebut, Encik Trudeau, yang telah memegang jawatan Perdana Menteri selama lebih sembilan tahun akan kehilangan kuasa dan pilihan raya akan diadakan.
Pelbagai tinjauan dalam 18 bulan terakhir menunjukkan Parti Liberal sedang menghadapi keletihan sokongan pengundi, diburukkan lagi dengan kemarahan terhadap kenaikan harga dan krisis perumahan.
Parti itu diramal akan mengalami kekalahan teruk kepada Parti Konservatif, parti pembangkang rasmi yang berhaluan kanan.
Parti Demokratik Baharu, yang turut menyasarkan sokongan pengundi, mengkritik Encik Trudeau kerana terlalu bergantung kepada kepentingan korporat besar.
Ketua Parti Bloc Quebecois, sebuah parti pembangkang yang lebih besar, juga berjanji akan menyokong usul tersebut dan menyatakan tiada kemungkinan PM Trudeau dapat terus bertahan.
Parti Konservatif pula berhasrat untuk meminta Gabenor Jeneral Mary Simon, iaitu wakil peribadi Raja Charles, ketua negara Kanada, untuk mengadakan sesi khas Parlimen bagi mengusulkan undi tidak yakin sebelum akhir tahun ini.
Walau bagaimanapun, pakar perlembagaan menjangkakan Cik Simon akan menolak permintaan itu.
Pengumuman Encik Singh dibuat tidak lama selepas Menteri Kewangan Chrystia Freeland secara mengejut meletak jawatan minggu ini, yang meningkatkan lagi tekanan kepada perdana menteri itu untuk berundur.
Encik Trudeau tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi dan mempengerusikan rombakan Kabinet selepas pengumuman tersebut.
Beliau turut membatalkan tradisi temu bual akhir tahun dengan media tempatan dan enggan menjawab soalan mengenai peletakan jawatan Menteri Kewangannya.

Sumber : Agensi berita/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.