PM Kanada ancam tindakan segera terhadap tarif Trump
Anggaran Waktu Membaca:
Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau.(Gambar fail: Dave Chan / AFP)
VANCOUVER: Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau mengancam akan memberikan "tindak balas tegas dan segera" sekiranya Amerika Syarikat meneruskan pelaksanaan tarif 25 peratus ke atas barangan Kanada yang dijadual berkuat kuasa pada Sabtu (1 Feb), lapor agensi berita Jerman (dpa).
“Tiada siapa - di kedua-dua belah sempadan - yang mahu melihat tarif Amerika ke atas barangan Kanada,” tulis Encik Trudeau di platform X pada Jumaat (31 Jan).
“Saya bertemu dengan Majlis Kanada-Amerika pada Sabtu. Kami sedang berusaha keras untuk menghalang tarif ini, tetapi jika Amerika Syarikat tetap meneruskannya, Kanada bersedia dengan tindak balas yang tegas dan segera,” katanya.
Setiausaha Media Rumah Putih Karoline Leavitt pada Jumaat (31 Jan) mengesahkan bahawa duti 25 peratus ke atas barangan dari Kanada dan Mexico akan berkuat kuasa pada Sabtu (1 Feb), bersama tarif 10 peratus ke atas produk dari China.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.