Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PM Jepun umumkan "Perjanjian Hiroshima" dengan Britain jelang Sidang Puncak G7

Anggaran Waktu Membaca:
HIROSHIMA: Sidang puncak kumpulan 7 (G7) berlangsung di Jepun pada Jumaat (19 Mei).

Negara-negara anggota sudah menetapkan dua perkara penting dalam agenda perbincangannya, iaitu mengenakan sekatan ke atas Rusia menyusuli pencerobohan ke atas Ukraine dan menyekat pengaruh China yang semakin meningkat.

Britain dan Jepun juga menandatangani Perjanjian Hiroshima untuk mengukuhkan hubungan pertahanan kedua-dua negara.

Di bawah perjanjian itu, Britain akan menggandakan jumlah askarnya yang mengambil bahagian dalam latihan ketenteraan bersama dengan Jepun.

Kedua-dua negara juga akan mengukuhkan kerjasama ekonomi dan membangunkan teknologi baru muncul.

Pada Khamis (18 Mei) , Perdana Menteri Britain Rishi Sunak mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida untuk menandatangani perjanjian itu.

Menurut Encik Sunak, kerjasama pertahanan dengan Tokyo itu bertujuan mengekalkan kemantapan di rantau Indo Pasifik.
Sumber : Reuters/KH/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan