Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PM Jepun selamat susuli 'bom asap' ketika sampaikan ucapan kempen; 1 individu ditahan

Anggaran Waktu Membaca:
PM Jepun selamat susuli 'bom asap' ketika sampaikan ucapan kempen; 1 individu ditahan

Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida semasa bertemu dengan wartawan di pejabat perdana menteri pada 13 April 2023 susuli pelancaran peluru berpandu Korea Utara. (Gambar: STR/Jiji Press/AFP)

TOKYO: Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida selamat dipindahkan dari tempat beliau memberi ucapan kempen pilihan raya pada Sabtu (15 Apr) selepas satu letupan kedengaran dan asap putih menyelubungi udara, lapor media tempatan.

Insiden di Wakayama itu berlaku kurang setahun selepas pembunuhan mantan perdana menteri Shinzo Abe, yang menggemparkan negara dan memaksa rombakan keselamatan bagi pegawai awam. 

Encik Kishida berada di bandar barat Jepun untuk menyampaikan ucapan bagi menyokong calon parti pemerintah. Beliau baru sahaja selesai mengambil sampel ikan di sebuah pelabuhan apabila gangguan berlaku di antara orang ramai yang berkumpul untuk mendengar ucapannya itu. 

Rakaman penyiar negara NHK menunjukkan perdana menteri itu menoleh ke belakang sedang seorang individu ditahan oleh keselamatan dan orang ramai mengundurkan diri, dengan ada yang meneriak. 

Beberapa saat kemudian, letupan kedengaran dan asap putih menyelubungi udara. 

NHK menyatakan seorang lelaki ditangkap di tempat kejadian kerana disyaki menghalang urusan.

Tiada pengesahan rasmi dibuat mengenai insiden itu, dengan polis tempatan enggan mengulas tentangnya. 

Laporan mengatakan, Encik Kishida tidak cedera dan boleh meneruskan acara kempen yang dijadual pada Sabtu. 

Beliau kembali berkempen sejurus selepas insiden tersebut. 

"Terdapat letupan kuat kedengaran di tempat kempen sebelum ini. Polis sedang melakukan siasatan, tetapi saya ingin memohon maaf kerana membuat orang ramai bimbang dan menimbulkan masalah buat mereka," NHK memetik kata-kata Encik Kishida sewaktu beliau berada di Wakayama di barat Jepun. 

"Pilihan raya yang penting bagi negara kami sedang berlangsung dan kami harus bekerjasama dan meneruskannya." 

Sumber : AGENCIES/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan