Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PM Jepun rombak semula kabinet susuli kemerosotan rating sokongan

Anggaran Waktu Membaca:
PM Jepun rombak semula kabinet susuli kemerosotan rating sokongan

Rating sokongan bagi PM Jepun Fumio Kishida merosot dalam minggu-minggu ini. (Gambar: JIJI PRESS/AFP/STR)

TOKYO: Perdana Menteri Jepun merombak semula kabinet pada Rabu (10 Ogos) selepas rating sokongan merosot.

Fumio Kishida memimpin parti pemerintah untuk meraih kemenangan dalam pilihan raya dewan tertinggi parlimen pada bulan lalu, beberapa hari selepas Encik Abe ditembak mati oleh seorang lelaki yang menyimpan dendam dengan Gereja Penyatuan.

Sejak itu, rating sokongan terhadap pemerintah jatuh sedang orang awam memerhatikan teliti hubungan antara gereja berkenaan dengan para tokoh politik Jepun serta cara bagaimana Encik Kishida mengendalikan ekonomi negara.

Rating sokongan menjunam 13 peratusan mata dalam tempoh tiga minggu kepada 46 peratus, menurut tinjauan yang diterbitkan pada Isnin (8 Ogos) oleh penyiar awam NHK. Sementara itu, satu kajian oleh akhbar Yomiuri Shimbun menunjukkan jatuh 8 peratusan mata dari Julai kepada 57 peratus.

Seorang tokoh politik mapan, Yasukazu Hamada, dinamakan sebagai menteri pertahanan - satu jawatan utama berikutan ikrar Encik Kishida untuk meningkatkan belanjawan pertahanan bagi bertindak balas terhadap ancaman yang kian meningkat dari China dan Korea Utara.

Encik Hamada, yang sebelum ini pernah berkhidmat sebagai menteri pertahanan dari 2008 hingga 2009, menggantikan saudara lelaki kepada kepada mantan pemimpin Shinzo Abe yang dibunuh, Nobuo Kishi.

Keadaan kesihatan Encik Kishi yang uzur mengundang kebimbangan ramai.

Jurucakap tertinggi pemerintah Hirokazu Matsuno membacakan senarai anggota kabinet yang baru termasuk Katsunobu Kato, yang pernah berkhidmat sebagai Menteri Kesihatan di bawah pucuk kepimpinan mendiang Abe, dan kini kembali menerajui kementerian itu.

Taro Kono, yang memegang beberapa jawatan menteri berprofil tinggi, dinamakan sebagai Menteri Ehwal Digital di mana beliau ditugaskan untuk memajukan sistem analog online Jepun.

Manakala Sanae Takaichi, dikenali dengan pendapatnya yang agresif, merupakan menteri keselamatan ekonomi yang baru. Sementara itu, Menteri Ehwal Luar dan Menteri Kewangan masih kekal sama.

Sumber : CNA/SS/ss

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan