Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PM Jepun Kishida letak jawatan sebagai ketua parti kerajaan di tengah skandal dana

Anggaran Waktu Membaca:
PM Jepun Kishida letak jawatan sebagai ketua parti kerajaan di tengah skandal dana

Gambar: AP

Diterbitkan : 07 Dec 2023 11:19PM Dikemas Kini : 07 Jan 2024 05:58PM
TOKYO: Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida berkata beliau memutuskan untuk meletakkan jawatan sebagai ketua Parti Liberal Demokratik (LDP) yang memerintah di tengah-tengah skandal dana yang semakin meruncing, lapor media tempatan pada Khamis (7 Dis).

Encik Kishida yang juga presiden LDP, memberitahu pemberita, "Saya akan menerajui usaha untuk memulihkan kepercayaan orang ramai" ketika berundur daripada jawatannya sebagai ketua Kochikai, kumpulan keempat terbesar parti itu.

Menurut laporan Xinhua yang memetik agensi berita nasional Kyodo, berkata, Kochikai adalah antara lima kumpulan LDP yang didakwa kurang melaporkan pendapatan mereka daripada parti pengumpulan dana politik, di mana pendapatan tambahan mungkin telah dikembalikan kepada beberapa anggota parlimen sebagai sogokan.

Seiwaken, atau kumpulan kajian dasar Seiwa, kumpulan LDP terbesar yang sebelum ini diketuai oleh mendiang mantan Perdana Menteri, Shinzo Abe, disyaki telah mengumpulkan dana rahsia berjumlah 100 juta yen (kira-kira S$930,000) sejak sekurang-kurangnya lima tahun lalu melalui 2022.

Laporan media terkini menunjukkan sekurang-kurangnya 10 anggota parlimen LDP dalam puak Abe menerima sogokan.

Walaupun ramai Perdana Menteri menjauhkan hubungan dari kumpulan mereka semasa memegang jawatan, Encik Kishida kekal aktif sebagai ketua kumpulannya sejak memegang jawatan pada Oktober 2021.

Keputusan untuk berhenti itu berikutan permintaan Encik Kishida pada Rabu supaya semua kumpulan LDP harus menahan diri daripada mengadakan kempen mengumpul dana buat masa ini, dan seperti yang dinyatakan oleh Japan Times, Perdana Menteri kini dalam "mod mengawal kerosakan."
Sumber : AGENCIES/SU/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan