PM Jepun kini di Indonesia dalam peringkat kedua lawatan sulung ke Asia Tenggara
Perdana Menteri baru Jepun, Yoshihide Suga kini di Indonesia dalam peringkat kedua lawatan pertamanya ke Asia Tenggara.
(Gambar: REUTERS)
BOGOR: Perdana Menteri baru Jepun, Yoshihide Suga kini di Indonesia dalam peringkat kedua lawatan pertamanya ke Asia Tenggara.
Encik Suga ke Indonesia selepas melakukan lawatan ke Vietnam.
Ketibaan beliau di Istana Bogor siang tadi (20 Okt) disambut Presiden Joko Widodo.
Kedua-dua pemimpin dijangka membincangkan beberapa isu termasuk kerjasama mengharungi pandemik COVID-19 dari segi kesihatan dan ekonomi.
Mereka juga akan membincangkan bagaimana Jepun dan Indonesia boleh memberi sumbangan kepada keamanan dan kemantan serantau dan dunia.
Encik Suga menjadi Perdana Menteri sejak bulan lalu, menggantikan Encik Shinzo Abe yang meletak jawatan kerana masalah kesihatan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.