Skip to main content

Dunia

PM Jepun kembali bertugas pada Isnin selepas jalani pembedahan resdung

Anggaran Waktu Membaca:
PM Jepun kembali bertugas pada Isnin selepas jalani pembedahan resdung

Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida. (Gambar fail: AP)

Diterbitkan : 11 Feb 2023 05:58PM
TOKYO: Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida akan kembali bertugas pada Isnin (13 Feb) selepas pembedahan resdung yang dijalaninya berjalan dengan lancar di sebuah hospital di Tokyo.

Demikian menurut agensi berita Kyodo.

Prosedur pada hari Sabtu (11 Feb) itu berlangsung selama 3 jam 40 minit, menurut agensi tersebut, yang memetik sumber pemerintah Jepun. Encik Kishida akan ke hospital bagi rawatan pascapembedahan, tambah Kyodo.

Pegawai di pejabat Perdana Menteri Jepun tidak dapat memberi sebarang komen.

Pada Jumaat (10 Feb), Ketua Setiausaha Hirokazu Matsuno berkata Encik Kishida akan menjalani pembedahan untuk merawat masalah resdung yang kronik.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita