Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PM Jepun ingin perkukuh hubungan dengan Korea Selatan sebelum lepaskan jawatan

Anggaran Waktu Membaca:
SEOUL: Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida tiba di Korea Selatan pada Jumaat (6 Sep), dengan harapan untuk memeterai kerjasama baharu antara kedua-dua negara itu.

Hubungan negara berjiran itu bakal berubah dengan penukaran kepimpinan Tokyo dan Washington.

Pertemuan tersebut, yang dicadangkan oleh Presiden Amerika Syarikat Joe Biden, disebabkan hubungan antara kedua-dua negara berada di tahap paling rendah sejak beberapa dekad, di tengah-tengah pertikaian diplomatik dan perdagangan yang sengit berkaitan pendudukan Jepun di Korea dari 1910 hingga 1945.

"Saya ingin mengkaji semula hubungan Jepun-ROK (Republik Korea) yang bertambah baik dengan ketara, antara saya dengan Presiden Yoon Suk Yeol, dan membincangkan hala tuju serta mengukuhkan kerjasama antara kita secara mampan," kata Encik Kishida sebelum meninggalkan Tokyo.

Sebelum ini, Encik Kishida mengumumkan bahawa beliau akan melepaskan jawatan pada September, dan Parti Demokratik Liberal Jepun yang memerintah akan mengadakan pilihan raya pada 27 September untuk memilih penggantinya.

Encik Yoon dan Encik Kishida akan mengadakan mesyuarat pada Jumaat petang.

Encik Kishida dijangka pulang ke Tokyo pada Sabtu (7 Sep).

Mesyuarat di antara pemimpin itu akan dipantau bagi sebarang hasil daripada perbincangan berterusan antara kedua-dua negara berkait pemindahan warga masing-masing daripada kecemasan di negara ketiga, dan mempercepatkan pemeriksaan sempadan untuk pelawat.

Encik Yoon bertekad untuk memperbaiki hubungan diplomatik dengan Jepun, dan meningkatkan kerjasama keselamatan untuk menangani ancaman ketenteraan Korea Utara.

Di sidang puncak bersama Encik Biden semasa Kem David tahun lalu, ketiga-tiga pemimpin komited untuk mendalami kerjasama ketenteraan dan ekonomi, serta bersetuju dengan inisiatif-inisiatif bertujuan untuk melanjutkan kerjasama tempoh panjang, kata seorang pegawai kanan Amerika.

Amerika Syarikat yakin bahawa pengganti Encik Kishida akan komited untuk meneruskan persahabatan yang diperbaharui itu dan "semua projek yang diusahakan akan diteruskan di bawah kepimpinan baharu," kata Mira Rapp-Hooper, pegawai kanan di Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih.
Sumber : Reuters/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan