Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PM Jepun gesa kerjasama Jepun-Korea Selatan sedang ancaman Pyonyang memuncak

Anggaran Waktu Membaca:
PM Jepun gesa kerjasama Jepun-Korea Selatan sedang ancaman Pyonyang memuncak

Para penumpang sedang menonton siaran berita berhubung pelancaran peluru berpandu Korea Utara di sebuah terminal feri pada 3 November 2022. (Gambar: Anthony WALLACE / AFP)

Diterbitkan : 03 Nov 2022 07:32PM Dikemas Kini : 03 Nov 2022 07:35PM
TOKYO: Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida berkata, kerjasama antara Tokyo dan Seoul lebih penting sekarang berbanding sebelumnya, kerana kedua-dua pihak menghadapi ancaman yang semakin meningkat daripada Pyongyang.

Ini menyusuli pelancaran tiga peluru berpandu oleh Korea Utara, yang menghala ke timur pada Khamis (3 Nov) pagi. Malah, salah satu peluru berpandu hilang dari radar, sekali gus menyebabkan penggera amaran dibunyikan dan para penduduk diarah perlindung sementara siasatan dijalankan.

Beliau mengutuk pelancaran peluru berpandu Korea Utara dan bertanggapan tindakan itu keterlaluan.

Pelancaran peluru berpandu itu juga tidak boleh diterima sama sekali.

Sementara itu, Washington menggesa sekatan ke atas Korea Utara kerana melanggar resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
 
Sumber : Agensi berita/ZM/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan