PM Jepun akan bubar parlimen jelang pilihan raya awal pada 8 Feb
Perdana Menteri Jepun Sanae Takaichi mengumumkan pada Isnin (19 Jan) rancangannya untuk membubarkan parlimen untuk mengadakan pilihan raya awal yang dijangka diadakan pada 8 Februari.
Anggaran Waktu Membaca:
- Perdana Menteri Jepun Sanae Takaichi mengumumkan pembubaran parlimen pada 23 Januari untuk pilihan raya awal yang dijadualkan pada 8 Februari di Tokyo.
- Takaichi berharap Parti Liberal Demokratik (LDP) dapat memperoleh majoriti kukuh bagi memudahkan pelaksanaan dasar tanpa kompromi dengan parti lain.
- Kabinet beliau telah meluluskan belanjawan rekod 122.3 trilion yen untuk tahun fiskal bermula April 2026, bertujuan menangani inflasi dan merangsang ekonomi.
- Parti pembangkang, termasuk Jun Azumi dari CDP, mengkritik langkah ini kerana dikatakan boleh menjejaskan mata pencarian rakyat dan menangguhkan peralihan dasar.
TOKYO: Perdana Menteri Jepun Sanae Takaichi mengumumkan pada Isnin (19 Jan) rancangannya untuk membubarkan parlimen untuk mengadakan pilihan raya awal yang dijangka diadakan pada 8 Februari.
"Menyusuli pembubaran dewan rakyat pada 23 Januari, jadual akan ditetapkan untuk musim kempen bermula pada 27 Januari dan undian serta kiraan akan diadakan pada 8 Februari," katanya dalam sidang media.
Pemimpin wanita pertama negara itu, Takaichi, bergantung pada jumlah undiannya yang tinggi untuk memimpin parti yang mentadbir, Parti Liberal Demokratik (LDP) dalam meraih kemenangan.
LDP mentadbir Jepun selama hampir berdekad-dekad lamanya tanpa berdepan sebarang gangguan, walaupun ia melalui beberapa perubahan kepimpinan.
Takaichi dilantik sebagai perdana menteri Jepun pada Oktober lalu dan Kabinet pimpinan beliau meraih undi tinggi, meskipun partinya tidak begitu popular.
Tetapi blok pemerintahnya -yang termasuk rakan gabungan Parti Inovasi Jepun (JIP), hanya mempunyai majoriti tipis dalam dewan rendah parlimen yang berkuasa.
Ini boleh menghalang laluan agenda dasar beliau, termasuk perbelanjaan fiskal 'proaktif' dan meningkatkan belanjawan pertahanan.
"Jika LDP boleh mendapat majoriti dengan sendirinya di dewan rakyat, ia akan membantu beliau mengusahakan dasar-dasar" tanpa konsesi kepada pihak lain, kata Sadafumi Kawato, profesor emeritus di Universiti Tokyo.
Kabinet pimpinan Cik Takaichi meluluskan rekod belanjawan 122.3 trilion yen (S$995.2 bilion) bagi tahun fiskal mulai April 2026, dan beliau berikrar untuk mendapatkan kelulusan parlimen secepat mungkin bagi menangani inflasi dan merancakkan pertumbuhan ekonomi keempat terbesar di dunia.
Namun parti pembangkang menyatakan rancangan Cik Takaichi untuk membubarkan dewan rakyat berisiko menangguhkan peralihan itu, dengan Jun Azumi daripada parti pembangkang utama Parti Demokratik Berperlembagaan Jepun (CDP) berkata ia akan "mengorbankan mata pencarian".

Sumber : Reuters/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.