PM Jens-Frederik Nielsen selar sindiran Trump Greenland 'seketul ais tidak diurus dengan baik'
Anggaran Waktu Membaca:
Pemandangan udara menggunakan dron bagi bandar Nuuk, Greenland, pada 25 Januari 2026. (Gambar: REUTERS/Marko Djurica)
COPENHAGEN: Perdana Menteri Greenland Jens-Frederik Nielsen pada Khamis (9 Apr) menyeru sekutu-sekutu NATO supaya bersatu mempertahankan undang-undang antarabangsa, sedang beliau menyelar komen terbaharu Presiden Donald Trump mengenai pulau Artik itu.
Encik Trump meluahkan kekecewaannya terhadap keengganan NATO untuk terlibat dalam perang Iran yang dilancarkannya dengan Israel, sambil mengatakan dalam catatan media sosial bahawa NATO tidak akan membantu Amerika apabila diperlukan dan tidak akan membantu "jika kita memerlukan mereka lagi. INGATLAH GREENLAND, KETULAN AIS YANG BESAR DAN DIURUSKAN DENGAN BURUK ITU".
Encik Nielsen menolak sindiran itu.
"Kita bukan sekadar seketul ais. Kita mempunyai penduduk yang boleh dibanggakan iaitu seramai 57,000 orang, bekerja setiap hari sebagai warga global yang baik dengan penuh rasa hormat terhadap semua sekutu kita," katanya kepada Reuters.
Encik Nielsen turut menekankan kepentingan untuk mengekalkan aturan geopolitik pasca perang, termasuk pakatan pertahanan NATO dan undang-undang antarabangsa yang dihormati di peringkat global.
"Perkara-perkara itu sedang dicabar sekarang, dan saya fikir semua sekutu harus bersatu untuk cuba mengekalkannya. Saya berharap ia akan berlaku," katanya lagi.
PERBINCANGAN DITERUSKAN TETAPI GREENLAND BERWASPADA
Sekutu-sekutu NATO berusaha gigih pada awal tahun ini untuk mencari jalan bagi mengukuhkan pakatan itu selepas Encik Trump membangkitkan semula usahanya untuk merampas Greenland daripada Denmark, iaitu anggota NATO.
Rumah Putih pada Januari menyatakan bahawa Encik Trump sedang menimbangkan penggunaan kekuatan tentera di Greenland, yang mendorong Jerman, Perancis dan negara-negara Eropah lain untuk menghantar kontinjen tentera masing-masing ke pulau itu dalam mesej perpaduan dan pencegahan.
Encik Trump kemudiannya menggugurkan rancangannya selepas mengadakan perbincangan dengan Setiausaha Agung NATO Mark Rutte, dengan mendakwa bahawa "rangka kerja perjanjian masa depan" telah dicapai dan mengalihkan konflik Greenland ke landasan diplomatik.
Catatan media sosial terbaharunya mengenai pulau itu dikeluarkan menyusuli pertemuan dengan Encik Rutte pada Rabu (8 Apr).
Greenland, Denmark dan Amerika Syarikat pada akhir Januari mengadakan rundingan diplomatik dan Encik Nielsen berkata ia masih berlangsung, dengan lebih banyak pertemuan bakal dijadualkan.

Sumber : Reuters/AW/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.