Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PM Israel Netanyahu nafi hubungan AS-Israel tegang

Anggaran Waktu Membaca:
BAITULMAKDIS: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu pada Rabu (29 Mac) menafikan hubungan negaranya dengan Amerika Syarikat (AS) tegang, malah menegaskan bahawa perikatan kedua-dua negara "tidak goyah".

“Israel dan AS memang ada perbezaan pendapat sekali-sekala, namun saya mahu memberi jaminan bahawa perikatan antara demokrasi terbesar dunia dan demokrasi yang kuat dan bebas, Israel, di Asia Barat tidak goyah.

“Tiada apa yang boleh mengubahnya,” Anadolu Agency (AA) memetik Encik Netanyahu dalam ucapannya di Sidang Kemuncak Demokrasi Jabatan Negara AS.

Beliau berkata Presiden AS Joe Biden merupakan rakannya selama 40 tahun.

Kenyataan Encik Netanyahu dibuat di tengah-tengah ketegangan dalam hubungan Israel-AS berhubung rombakan sistem kehakiman yang dicadangkan oleh pemerintah Israel, yang mencetuskan protes besar-besaran di Israel sejak beberapa minggu lalu.

Presiden AS Joe Biden berkata beliau tidak akan menerima Encik Netanyahu di Rumah Putih sebagai tanda protes AS terhadap cadangan pembaharuan sistem kehakiman itu.

Pada Isnin (27 Mac), Encik Netanyahu tunduk terhadap tekanan dan mengumumkan penangguhan sementara rancangan pembaharuan itu.
Sumber : Bernama/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan