Skip to main content

Dunia

PM Ismail Sabri umum Parlimen M'sia dibubar bagi beri laluan PRU15

Anggaran Waktu Membaca:
 PM Ismail Sabri umum Parlimen M'sia dibubar bagi beri laluan PRU15

Gambar fail bangunan Parlimen Malaysia. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 10 Oct 2022 03:27PM Dikemas Kini : 11 Oct 2022 12:55AM
KUALA LUMPUR: Parlimen Malaysia dengan rasminya dibubarkan hari ini (10 Okt).

Demikian diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Ismail Sabri Yaakob semasa menyampaikan perutusan khas pada pukul 3.00 petang tadi.

Ini bermakna Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Malaysia perlu diadakan dalam tempoh 60 hari.

Pengumuman itu dibuat hanya beberapa hari selepas Bajet 2023 dibentang, di sebalik spekulasi PRU akan diadakan sebelum tahun berakhir, lapor Free Malaysia Today.

Encik Ismail Sabri berkata beliau sudah menghadap Yang di-Pertuan Agong dan menyembah warkah permintaan, mengenai pembubaran Parlimen Ke-14 dan permintaan tersebut diperkenan oleh Sultan.

Dalam ucapannya, Encik Ismail Sabri juga berkata tarikh hari penamaan calon, hari mengundi dan urusan lain berkaitan tertakluk keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM).

 
Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita