Skip to main content

Dunia

PM Ismail Sabri tolak gesaan adakan PRU lebih awal

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia Ismail Sabri Yaakob menolak gesaan agar pilihan raya umum diadakan lebih awal.

Malaysia perlu mengadakan pilihan raya itu selewat-lewatnya pada Ogos tahun depan.

Namun, UMNO menggesa ia diadakan lebih awal bagi memanfaatkan rentak kemenangan parti terbesar itu dalam beberapa pilihan raya peringkat negeri sebelum ini.

Dalam wawancara dengan Nikkei, Encik Ismail Sabri berkata beliau menunggu masa yang terbaik untuk mengadakan pilihan raya umum.

Ini memandangkan kenaikan harga makanan dan kos sara hidup sekarang, antaranya disebabkan oleh konflik di Ukraine.

Encik Ismail Sabri menambah kerajaannya juga terbuka untuk memperkenalkan semula Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). Beliau akur ia bukan langkah yang popular tetapi berjanji kadar cukai itu tidak akan membebani rakyat.

GST diperkenalkan pada 2015 tetapi dimansuhkan tiga tahun selepas itu oleh kerajaan Pakatan Harapan, pimpinan Dr Mahathir Mohamad.
 

Sumber : Agensi berita/RU/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita