Skip to main content

Dunia

PM Ismail Sabri mulakan lawatan rasmi 3 hari ke Indonesia

Perdana Menteri Malaysia Ismail Sabri Yaakob tiba di Jakarta pada Selasa (9 Nov) untuk memulakan lawatan rasmi tiga hari ke Indonesia atas undangan Presiden Joko Widodo.

Anggaran Waktu Membaca:
PM Ismail Sabri mulakan lawatan rasmi 3 hari ke Indonesia

Perdana Menteri Malaysia Ismail Sabri Yaakob tiba di Jakarta pada Selasa (9 Nov) untuk memulakan lawatan rasmi tiga hari ke Indonesia atas undangan Presiden Joko Widodo. (Gambar: Facebook/Ismail Sabri Yaakob)

Diterbitkan : 09 Nov 2021 03:59PM Dikemas Kini : 09 Nov 2021 04:06PM

JAKARTA: Perdana Menteri Malaysia Ismail Sabri Yaakob tiba di Jakarta pada Selasa (9 Nov) untuk memulakan lawatan rasmi tiga hari ke Indonesia atas undangan Presiden Joko Widodo.

Perdana Menteri Malaysia itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Halim Perdanakusuma kira-kira pukul 10.10 pagi, diiringi Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Ketibaan beliau disambut oleh Menteri Pendidikan, Kebudayaan, Penyelidikan dan Teknologi Indonesia Nadiem Anwar Makarim dan Menteri Luar Malaysia Saifuddin Abdullah yang tiba lebih awal.

Turut hadir Kuasa Usaha Kedutaan Malaysia di Indonesia, Adlan Mohd Shaffieq dan Pengarah Kementerian Luar Indonesia untuk Protokol, Irvan Bukhari.

Ini adalah lawatan sulung Ismail Sabri ke negara jiran itu sejak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kesembilan pada 21 Ogos 2021.

Antara atur cara lawatan Perdana Menteri termasuk mengadakan pertemuan dengan Presiden Joko Widodo (Jokowi) dan masyarakat perniagaan Indonesia, para editor media Indonesia dan diaspora Malaysia.

Perdana Menteri Malaysia itu juga dijangka akan menyaksikan pemeteraian beberapa Memorandum Persefahaman dan Perjanjian antara kedua-dua negara dan melawat kemudahan industri pertahanan di Bandung.

Lawatan itu dilaksanakan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 yang ditetapkan oleh kedua-dua negara.

Sumber : Bernama/AW/ih
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita