Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PM Ismail Sabri 'belum dapat ilham' untuk bubar Parlimen M'sia

Anggaran Waktu Membaca:

NEW YORK: Ketika spekulasi mengenai tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 Malaysia semakin kencang, Perdana Menteri negara itu Ismail Sabri Yaakob belum membuat keputusan bila beliau akan membubarkan Parlimen. 

Encik Ismail Sabri berkata sebarang keputusan mengenai tarikh pembubaran Parlimen bergantung kepada perbincangan dalam kalangan pemimpin tertinggi UMNO pada 30 September ini. 

“Pada 30 hari bulan, petang ada (mesyuarat) Top 5 dan biro politik, malam ada MT (Mesyuarat Tertinggi). Jadi kita tunggulah," katanya pada sidang media di akhir lawatan kerja empat hari ke Amerika Syarikat. 

Encik Ismail Sabri, yang juga Naib Presiden UMNO, berkata beliau belum mendapat maklumat mengenai agenda mesyuarat MT UMNO. 

"Saya pun tak tahu apa agenda MT dan sebagainya. Jadi malam tu lah kita akan bincang," katanya. 
Top 5 merujuk kepada Presiden, Timbalan Presiden dan tiga Naib Presiden UMNO.

Ditanya sama ada beliau sudah mendapat ilham bila akan membubarkan Parlimen semasa berada di bandar raya ini dan adakah ia semakin dekat, Encik Ismail Sabri menjawab “belum lagi.” 
“Saya berjalan di sekitar Central Park dan kagum dengan bagaimana kawasan hijau seluas 832 ekar di tengah-tengah bandar raya ini dikekalkan dan dipulihara" katanya. 

Tambah beliau jika di Malaysia, pasti akan ada cadangan di atas meja beliau untuk membangunkan kawasan seumpama itu. 

"Saya mendapat inspirasi bagaimana untuk memulihara kawasan hijau kita. Namun untuk pilihan raya, saya tidak mendapat apa-apa inspirasi,” katanya sambil tersenyum. 
Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan