Skip to main content

Dunia

PM Ismail Sabri arah siasatan lanjut ke atas bekas Peguam Negara

PM Ismail Sabri Yaakob mengarahkan agensi penguat kuasa segera melaksanakan siasatan lanjut bagi menyiasat kemungkinan salah laku Tommy Thomas berhubung pelbagai dakwaan yang terkandung dalam buku bekas Peguam Negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
PM Ismail Sabri arah siasatan lanjut ke atas bekas Peguam Negara

Mantan Perdana Menteri Malaysia Ismail Sabri Yaakob. (Gambar: AP)

Diterbitkan : 30 Sep 2022 11:27PM
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia Ismail Sabri Yaakob mengarahkan agensi penguat kuasa segera melaksanakan siasatan lanjut bagi menyiasat kemungkinan salah laku Tommy Thomas, berhubung pelbagai dakwaan yang terkandung dalam buku dihasilkan bekas Peguam Negara itu.

Perdana Menteri berkata siasatan akan dilakukan antaranya di bawah Seksyen 124(1) dan Seksyen 203A Kanun Keseksaan; Seksyen 4 Akta Hasutan 1948; Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972; dan Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Beliau berkata Pasukan Petugas Khas Siasatan Ke Atas Dakwaan-Dakwaan Dalam Buku Bertajuk “My Story: Justice in the Wilderness” membentangkan laporan siasatan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini (30 Sep), dan mengemukakan beberapa syor untuk pertimbangan kerajaan bagi tujuan tindakan susulan yang wajar diambil.

“Laporan itu telah disediakan oleh pasukan ini dalam tempoh sembilan bulan, bermula Disember 2021 sehingga Ogos 2022, dengan memperincikan setiap dakwaan-dakwaan yang disebut oleh Tan Sri Tommy Thomas dalam bukunya itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Encik Ismail Sabri berkata berdasarkan siasatan, pasukan itu mengkategorikan 19 isu penting yang dikesan dalam buku berkenaan kepada empat isu utama iaitu dakwaan ke atas Badan Kehakiman; pendedahan maklumat dan rahsia kerajaan; tindakan tidak sah, salah guna kuasa serta kecuaian profesional; dan kenyataan berbaur hasutan.
Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita