PM India Modi lakukan lawatan dua hari ke Jepun mulai 29 Ogos
Perdana Menteri India Narendra Modi akan mengadakan lawatan dua hari ke Jepun mulai 29 Ogos dan mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatannya Shigeru Ishiba, lapor agensi berita Kyodo memetik pengumuman Kerajaan Jepun pada Jumaat (22 Ogos).
Perdana Menteri India Narendra Modi (kiri) akan mengadakan mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatannya Shigeru Ishiba bagi memperkukuhkan kerjasama dua hala. (Gambar fail: REUTERS)
Dalam pertemuan itu, kedua-dua pemimpin dijangka membincangkan pengukuhan kerjasama dua hala dalam bidang seperti keselamatan ekonomi, menurut sumber yang rapat dengan perkara berkenaan.
Jepun sedang menimbangkan komitmen untuk meningkatkan pelaburan sektor swasta di India kepada 10 trilion yen (S$87.14 bilion) dalam tempoh sedekad akan datang, berbanding sasaran semasa 5 trilion yen (S$43.6 bilion) yang diumumkan pada 2022 bagi sektor awam dan swasta.
Sasaran baharu itu dijangka dimasukkan dalam dokumen hasil yang akan diterbitkan selepas sidang puncak berkenaan, menurut sumber berkenaan.
Encik Ishiba dan Encik Modi juga dijadual melawat Wilayah Miyagi di timur laut Jepun, di mana mereka akan menyaksikan ujian kereta api shinkansen berkelajuan tinggi serta melawat sebuah pengeluar utama Jepun dalam peralatan pembuatan cip.
Hubungan Jepun dan India semakin erat sejak beberapa tahun kebelakangan ini di tengah-tengah kebimbangan yang meningkat di Indo-Pasifik terhadap pendirian China yang semakin tegas.
Kali terakhir Encik Modi melawat Jepun adalah pada 2023 bagi menghadiri sidang puncak Kumpulan Tujuh (G7) di Hiroshima.
Walaupun bukan anggota G7, India dijemput menghadiri perhimpunan itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.