Skip to main content

Dunia

PM Hungary ikrar siasatan rapi terhadap nahas bot

Perdana Menteri Hungary Viktor Orban mengumumkan pada Jumaat (31 Mei) bahawa beliau sudahpun mengarahkan siasatan menyeluruh dijalankan terhadap nahas bot yang berlaku di Sungai Danube, di bahagian tengah Budapest pada Rabu (29 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
PM Hungary ikrar siasatan rapi terhadap nahas bot

Hungary berusaha sedaya upaya untuk mencari penumpang warga Korea Selatan yang hilang. (Gambar: Bernadett Szabo/Reuters)

Diterbitkan : 31 May 2019 05:16PM Dikemas Kini : 31 May 2019 05:24PM

BUDAPEST: Perdana Menteri Hungary Viktor Orban mengumumkan pada Jumaat (31 Mei) bahawa beliau sudahpun mengarahkan siasatan menyeluruh dijalankan terhadap nahas bot yang berlaku di Sungai Danube, di bahagian tengah Budapest pada Rabu (29 Mei).

Sekurang-kurangnya tujuh pelancong warga Korea Selatan dilaporkan terkorban akibat nahas tersebut.

"Seorang daripada mereka amat terjejas... para penumpang hampir tidak mempunyai peluang untuk menyelamatkan diri akibat kemalangan yang berlaku," kata Encik Orban kepada stesen radio negara itu.

Perdana Menteri itu turut menyampaikan takziah kepada para keluarga mangsa.

Awal dari itu, Encik Orban juga mengutuskan kawat takziah kepada Perdana Menteri Korea Selatan Lee Nak-yeon.

Beliau turut memberi jaminan kepada rakan sejawatannya bahawa Hungary akan berusaha sedaya upaya untuk mencari penumpang yang masih hilang, kata jurucakap pemerintah Hungary Zoltan Kovacs.

Pada Khamis (30 Mei), polis Hungary mendedahkan bahawa pihaknya sudahpun memberkas kapten kapal pesiaran yang terbabit dalam nahas tersebut.

Menurut polis, kapten kapal Viking Sigyn setinggi empat tingkat itu "disoal siasat sebagai seorang suspek berhubung perbuatan membahayakan laluan laut sehingga menyebabkan beberapa kematian".  

Sumber : Reuters/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita