Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PM Greece rombak kabinet susuli keputusan teruk undian EU

Anggaran Waktu Membaca:
PM Greece rombak kabinet susuli keputusan teruk undian EU

Perdana Menteri Greece Kyriakos Mitsotakis. (Gambar: AP)

ATHENS: Perdana Menteri Greece Kyriakos Mitsotakis dijangka merombak kabinetnya selepas parti berhaluan kanan pimpinannya menunjukkan prestasi lebih buruk daripada yang dijangkakan dalam pilihan raya Parlimen Eropah.

Pembentukan parlimen baharu itu akan diumumkan oleh jurucakap pemerintah pada 11.30 pagi, waktu tempatan, menurut satu kenyataan pejabat perdana menteri.

Parti Demokrasi Baharu pimpinan Encik Mitsotakis, yang telah mentadbir Greece sejak 2019, mengungguli pilihan raya EU, yang berlangsung pada Ahad lalu, dengan meraih 28.3 peratus undi. Ia bagaimanapun terlepas daripada sasaran 33 peratus, yang ditetapkan Encik Mitsotakis semasa kempen pra-pilihan raya dan malah, turun daripada 40 peratus yang dicatat partinya dalam pilihan raya nasional pada Jun 2023.

Awal minggu ini, Encik Mitsotakis menekankan beliau tidak akan mengadakan pilihan raya kilat, sambil menambah bahawa akan meneruskan rancangan mengambil langkah-langkah pembaikan dalam usahanya untuk membuktikan kepada "rakyat Greece bahawa (mereka) telah mempertimbangkan mesej mereka".

Sumber-sumber pemerintah memberitahu agensi berita Reuters bahawa Menteri Kewangan Kostis Hatzidakis dan Menteri Luar George Gerapetritis berkemungkinan akan mengekalkan jawatan masing-masing.

Bercakap kepada stesen TV Greece Alpha pada Selasa lalu, Encik Mitsotakis menjelaskan bahawa sebab bagi keputusan undian "bantahan" yang berlangsung pada Ahad lalu adalah kos sara hidup yang tinggi. Justeru, beliau berikrar pemerintahnya akan berusaha menangani harga produk makanan yang melambung tinggi.
Sumber : Reuters/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan