PM China tiba di Arab Saudi dalam rangka lawatan ke negara Teluk
Anggaran Waktu Membaca:
RIYADH: Perdana Menteri China Li Qiang tiba di Riyadh bagi rangka lawatan ke negara-negara Teluk.
Media tempatan di Arab Saudi melaporkan Encik Li akan menghadiri mesyuarat keempat Jawatankuasa Bersama Peringkat Tinggi Sino-Saudi di Riyadh.
Selepas Riyadh, Encik Li akan ke Amiriah Arab Bersatu (UAE).
Arab Saudi, negara sekutu Amerika Syarikat, sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini berusaha menjalin hubungan lebih rapat dengan Beijing dan Mosko.
China menerima hampir suku daripada eksport minyak mentah dari Arab Saudi.
Lawatan Encik Li ke rantau itu bertujuan "meningkatkan kerjasama dan perkongsian perdagangan" antara China dengan negara-negara Teluk, kongsi penganalisis Mohamed bin Saleh al-Harbi kepada AFP.
Tahun lalu, China mengendalikan jalinan semula hubungan bersejarah antara Arab Saudi dan Iran.
China juga mengambil pendirian tidak berpihak dalam konflik Israel-Palestin berbanding pesaingnya Amerika Syarikat, dengan menyokong huraian dua negara sambil mengekalkan hubungan baik dengan Israel.

Sumber : AFP/HA/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.