PM China Li Qiang akan lakukan lawatan ke Australia pada 2026
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese berkata pada Ahad (2 Nov) Perdana Menteri China, Li Qiang akan melakukan lawatan ke Australia pada tahun depan, yang mungkin merangkumi persinggahan ke Uluru, monolit gergasi di tengah Australia.
Anggaran Waktu Membaca:
- Perdana Menteri China, Li Qiang akan melakukan lawatan ke Australia pada tahun depan, yang mungkin merangkumi persinggahan ke Uluru, monolit gergasi di tengah Australia.
- “Perdana Menteri Li akan melawat Australia pada tahun depan, kami telah berbincang mengenainya,” kata Encik Albanese kepada stesen televisyen Sky News, menurut transkrip rasmi kenyataannya.
- Kenyataan Encik Albanese itu dibuat selepas pertemuannya dengan Encik Li di luar Sidang Puncak ASEAN pada Isnin lalu, di mana Encik Albanese berkata bahawa Encik Albanese sudah menyuarakan kebimbangan berhubung kejadian yang melibatkan pesawat pejuang China dan pesawat rondaan maritim Australia.
- Encik Li memberitahu Encik Albanese bahawa China bersedia untuk membina hubungan yang lebih stabil dan strategik dengan Australia, menurut agensi berita rasmi China, Xinhua.
SYDNEY: Perdana Menteri Australia Anthony Albanese berkata pada Ahad (2 Nov) Perdana Menteri China, Li Qiang akan melakukan lawatan ke Australia pada tahun depan, yang mungkin merangkumi persinggahan ke Uluru, monolit gergasi di tengah Australia.
“Perdana Menteri Li akan melawat Australia pada tahun depan, kami telah berbincang mengenainya,” kata Encik Albanese kepada stesen televisyen Sky News, menurut transkrip rasmi kenyataannya.
“Dalam perbincangan itu, beliau menyatakan minat untuk melawat Uluru. Saya mengalu-alukan perkara itu. Saya rasa ia suatu peluang yang baik untuk memperkenalkan Australia Tengah kepada lebih satu bilion penduduk,” tambah beliau.
Uluru, batu setinggi 348 meter yang tersenarai sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO, terkenal dengan batu bata yang berwarna merah dan menjadi tarikan pelancong utama meskipun terletak di kawasan padang pasir terpencil berhampiran Alice Springs di Northern Territory.
Mercu tanda itu dianggap suci oleh para penjaganya yang berasal daripada prang asli Anangu.
Kenyataan Encik Albanese itu dibuat selepas pertemuannya dengan Encik Li di luar Sidang Puncak ASEAN pada Isnin lalu, di mana beliau berkata bahawa beliau sudah menyuarakan kebimbangan berhubung kejadian yang melibatkan pesawat pejuang China dan pesawat rondaan maritim Australia.
Dalam pertemuan serantau di Malaysia itu, Encik Li memberitahu Encik Albanese bahawa China bersedia untuk membina hubungan yang lebih stabil dan strategik dengan Australia, menurut agensi berita rasmi China, Xinhua.
Encik Li, yang memegang jawatan nombor dua tertinggi di China, kali terakhir melawat Australia pada 2024, dalam lawatan yang menandakan pemulihan hubungan antara sekutu Amerika Syarikat itu dengan ekonomi kedua terbesar dunia.
Ia juga merupakan lawatan pertama oleh seorang perdana menteri China ke Australia sejak 2017.
China merupakan rakan dagang terbesar Australia, dengan eksport sumber dan tenaga Australia menjadi teras utama aliran perdagangan antara kedua-dua negara.

Sumber : Reuters/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.