Skip to main content

Dunia

PM China gesa kerjasama global di tengah landskap perdagangan kian bergolak

Perdana Menteri China Li Qiang menggesa kerjasama global dan berbilang hala dalam menghadapi peningkatan perlindungan dagangan.

Anggaran Waktu Membaca:
PM China gesa kerjasama global di tengah landskap perdagangan kian bergolak

Perdana Menteri China, Li Qiang, berucap di Forum Ekonomi Dunia (WEF). (Gambar: Mediacorp)

TIANJIN: Perdana Menteri China Li Qiang menggesa kerjasama global dan berbilang hala dalam menghadapi peningkatan perlindungan dagangan.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya sempena Forum Ekonomi Dunia (WEF) pada Rabu (25 Jun).

Encik Li berkata pembangunan global kini berada di persimpangan kritikal di tengah-tengah ketidakpastian dagangan yang semakin meningkat.

Beliau turut menekankan bahawa tindakan melindungi kepentingan pihak lain juga adalah bagi melindungi kepentingan sendiri.

Selain itu, Encik Li menggesa negara-negara dunia supaya menyelesaikan perbezaan dan perselisihan melalui rundingan yang setara, untuk memastikan sekitaran dagangan yang harmoni.

"Memang lazim untuk negara-negara ada perbezaan dan berselisih dalam hubungan ekonomi dan perdagangan. Perdagangan kita begitu besar, sama ada dalam rangka kerja berbilang hala atau dua hala, wujud pelbagai jenis masalah, dan semua ini adalah biasa," kata Encik Li.

"Selagi semua terlibat dalam dialog dan rundingan dengan semangat saling menghormati, saya fikir huraian sentiasa boleh dicapai," tambah beliau.
Sumber : BERITA Mediacorp/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita