Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PM China bertemu Presiden Palestin dalam usaha tingkatkan kehadiran di Timur Tengah

Anggaran Waktu Membaca:
BEIJING: Perdana Menteri China Li Qiang bertemu Presiden Palestin Mahmoud Abbas yang melawat negara itu pada Khamis (15 Jun) sedang China mempertingkatkan hubungan dan kehadirannya secara menyeluruh di Timur Tengah.

Encik Li baru sahaja memegang jawatan itu pada musim bunga tahun ini dan mempunyai pengalaman dasar asing yang sedikit. Beliau menyifatkan Encik Abbas "sebagai rakan lama rakyat China" yang sudah membuat "sumbangan penting untuk mempromosikan hubungan China-Palestin."

Pertemuan itu berlangsung sehari selepas Encik Abbas disambut dengan kehormatan ketenteraan oleh Presiden China dan pemimpin Parti Komunis yang memerintah, Xi Jinping, lapor Arab News.

Kedua-dua negara mengumumkan penubuhan "kerjasama strategik", dan membuka ruang untuk meningkatkan pengaruh China di rantau tersebut.

Presiden China Xi Jinping mengulangi kepada Encik Abbas pada Rabu (14 Jun) tentang cadangannya untuk Palestin menjadi "anggota penuh" Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

China juga sedang mencari sumber tenaga dan pasaran bagi eksport ketenteraan dan rakyatnya sambil mempromosikan versi pemerintahan autoritariannya bersama Rusia dalam mencabar orde dunia demokratik yang diketuai Barat.

Beijing sudah lama mengekalkan hubungan diplomatik bersama Pihak Berkuasa Palestin (PA), dan ia melantik seorang duta khas untuk bertemu pegawai berkuasa Israel dan Palestin, seperti dipetik Arab News.

Namun pengalamannya di rantau itu terbatas kepada bidang pembinaan, pengeluaran dan projek-projek lain ekonomi.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan