PM Britain rayu Parlimen sokong rancangan Brexit
Perdana Menteri Britain Theresa May membuat rayuan kepada para anggota parlimen negara itu supaya memberikan sokongan kepadanya.

(Gambar: AFP)
LONDON: Perdana Menteri Britain Theresa May membuat rayuan kepada para anggota parlimen negara itu supaya memberikan sokongan kepadanya.
Ini kerana Kesatuan Eropah (EU) hanya akan meluluskan permohonan untuk menangguhkan Brexit selama tiga bulan jika parlimen Britain menyokong rancangan beliau.
Cik May sebelum ini meminta (EU) supaya membenarkan Britain menangguhkan tarikh keluar daripada (EU) dari 29 Mac kepada 30 Jun tahun ini.
Penangguhan itu akan dibincangkan oleh para ketua daripada 27 negara anggota EU dalam satu sidang puncak hari ini (21 Mac).
Presiden Majlis Eropah Donald Tusk berkata Britain mungkin akan dibenarkan untuk berbuat demikian sekiranya parlimen Britain menyokong rancangan Brexit Cik May yang pernah ditolak dua kali sebelum ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.