PM Britain nafi cabul 2 wanita
Pejabat Perdana Menteri Britain menafikan dakwaan Boris Johnson pernah mencabul dua wanita 20 tahun lalu.
Gambar fail Encik Boris Johnson.
LONDON: Pejabat Perdana Menteri Britain menafikan dakwaan Boris Johnson pernah mencabul dua wanita 20 tahun lalu.
Wartawan Charlotte Edwardes menulis dalam ruang pojok akhbar The Sunday Times bahawa Encik Johnson meletakkan tangan di atas pahanya di majlis makan malam anjuran majalah yang disunting perdana menteri berkenaan ketika itu.
“Di bawah meja, saya rasakan tangan Johnson di paha saya. Beliau memicit paha saya.
“Kemudian beliau meraba celah paha saya tanpa lapik, cukup membuatkan saya tersentak,” tulis Cik Edwardes.
Katanya, beliau berbual dengan seorang wanita selepas majlis itu yang duduk bersebelahan Encik Johnson, yang juga berkata perkara sama berlaku kepadanya.
Pejabat Encick Johnson mengeluarkan kenyataan ringkas lewat semalam menyatakan: “Dakwaan itu tidak benar.”
Namun Cik Edwardes bertegas dengan dakwaannya.
“Jika Perdana Menteri tidak mengingati kejadian itu, jelas ingatan saya lebih baik daripada beliau,” kata beliau dalam Twitter.
Dakwaan tersebut disiarkan ketika parti Konservatif pimpinan Encik Johnson berhimpun untuk persidangan tahunan yang memberi tumpuan kepada rancangan pengunduran Britain dari Kesatuan Eropah pada 31 Oktober.
Ia menjadi tajuk utama di beberapa akhbar berhaluan kiri dan topik perbincangan mesyuarat parti bahawa Encik Johnson berharap untuk mengumpulkan sokongan tertentu menjelang pilihan raya yang dijangka diadakan lebih awal.
“Salah guna kuasa,” lapor akhbar Daily Mail.
Sementara itu The Guardian menyiarkan tajuk "Perdana Menteri terpaksa menafikan dakwaan beliau mencabul dua wanita" di muka hadapan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.