Skip to main content

Dunia

PM Britain gesa tindakan lebih tegas terhadap bantahan perang Gaza susuli peningkatan sentimen anti-Yahudi

Perdana Menteri Britain Keir Starmer memberi amaran pada Sabtu (2 Mei) bahawa tindakan lebih tegas perlu diambil terhadap individu yang melaungkan slogan tertentu semasa tunjuk perasaan pro-Palestin.

Anggaran Waktu Membaca:
PM Britain gesa tindakan lebih tegas terhadap bantahan perang Gaza susuli peningkatan sentimen anti-Yahudi

Perdana Menteri Britain Keir Starmer, Pesuruhjaya Polis Metropolitan Mark Rowley dan Menteri Dalam Negeri Britain Shabana Mahmood bercakap kepada anggota masyarakat Yahudi semasa lawatan ke Golders Green pada 30 April 2026. (Gambar fail: AP/Stefan Rousseau)

Diterbitkan : 02 May 2026 09:54PM
LONDON: Perdana Menteri Britain Keir Starmer memberi amaran pada Sabtu (2 Mei) bahawa tindakan lebih tegas perlu diambil terhadap individu yang melaungkan slogan tertentu semasa tunjuk perasaan pro-Palestin.

Ini sedang keprihatinan meningkat berhubung keselamatan orang Yahudi di Britain menyusuli insiden tikaman melibatkan dua lelaki Yahudi di London.

Encik Keir Starmer berkata bahawa beliau akan sentiasa mempertahankan hak untuk mengadakan tunjuk perasaan. Namun, beliau juga berkata mungkin ada keadaan tertentu di mana perarakan membantah perang di Gaza perlu dilarang.

Beliau berkata perhimpunan pro-Palestin yang diadakan secara berulang kali mempunyai "kesan kumulatif" dikaitkan dengan peningkatan kejadian anti-Yahudi di Britain.

"Apabila anda melihat atau mendengar laungan tertentu - 'globalise the intifada' (globalisasikan intifada) adalah salah satu contohnya - maka jelas sekali tindakan yang lebih tegas perlu diambil terhadap perkara itu," kata Encik Starmer kepada BBC.

Perkataan Arab intifada secara amnya diterjemahkan sebagai "kebangkitan".

Seorang lelaki berusia 45 tahun didakwa pada Jumaat (1 Mei) atas kesalahan percubaan membunuh setelah dua lelaki Yahudi ditikam dan mengalami kecederaan pada Rabu di Golders Green, iaitu sebuah kawasan kejiranan di London yang merupakan pusat bagi ramai masyarakat Yahudi di Britain.

Polis menyifatkan serangan itu sebagai satu tindakan keganasan.

Ia merupakan rentetan kejadian terkini termasuk serangan pembakaran dengan sengaja terhadap rumah ibadat Yahudi (synagogue) dan tapak-tapak Yahudi lain di ibu kota Britain itu.

Pegawai polis paling kanan Britain memberi amaran pada Jumaat bahawa masyarakat Yahudi di Britain berdepan ancaman terbesar, dan menyalahkan media sosial kerana menyebabkan peningkatan dalam sentimen anti-Yahudi berbanding sebelumnya.
Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita