Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PM Britain dituduh langgar peraturan COVID-19

Perdana Menteri Britain Boris Johnson pada Ahad (12 Dis) dikecam baru-baru ini atas dakwaan melanggar sekatan koronavirus selepas muncul satu gambar beliau berada di sebuah acara sambutan Krismas pada tahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
PM Britain dituduh langgar peraturan COVID-19

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 13 Dec 2021 09:05AM Dikemas Kini : 13 Dec 2021 09:06AM

LONDON: Perdana Menteri Britain Boris Johnson pada Ahad (12 Dis) dikecam baru-baru ini atas dakwaan melanggar sekatan koronavirus selepas muncul satu gambar beliau berada di sebuah acara sambutan Krismas pada tahun lalu.

Encik Johnson dikritik hebat dan digesa supaya letak jawatan menyusuli dakwaan terbabit dalam majlis keramaian Downing Street yang dianjurkan pada 18 Disember 2020.

Beliau berulang kali berkata beliau diberi jaminan bahawa majlis itu mematuhi langkah-langkah jarak selamat yang dilaksanakan pada ketika itu dan mengarahkan siasatan dalaman dijalankan.

Namun Sunday Mirror menerbitkan gambar yang menurut Encik Johnson diambil tiga hari sebelum majlis itu diadakan, di sebuah "kuiz maya" untuk para kakitangannya, di mana empat pasukan seramai enam individu mengambil bahagian untuk mengumpul dana bagi badan amal.

Jamuan tengah hari dan pesta sambutan Krismas merupakan "kegiatan sosial" yang dilarang pada ketika itu, sedang Britain - iaitu salah satu negara yang terjejas teruk oleh COVID-19 - menangani lonjakan dalam jumlah kes varian Delta.

Sumber : AFP/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan