Skip to main content

Dunia

PM Britain dakwa Rusia campur tangan dalam referendum Brexit 2016

Perdana Menteri Britain Andy Burnham mendakwa Rusia campur tangan dalam referendum Brexit pada 2016, sambil memberi amaran kepada para pengundi di Perancis dan Jerman mengenai usaha Mosko untuk mempengaruhi politik negara mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
PM Britain dakwa Rusia campur tangan dalam referendum Brexit 2016

Perdana Menteri Britain Andy Burnham memberikan wawancara kepada media selepas pertemuannya dengan Canselor Jerman Friedrich Merz di Berlin, Jerman, pada 8 Oktober 2026. (Gambar fail: REUTERS/Sean Gallup)

Diterbitkan : 12 Oct 2026 07:41AM
Britain's Prime Minister claims Russia interfered in the 2016 Brexit referendum
  • Britain's Prime Minister Andy Burnham claimed that his side had received confirmation that Russia interfered in the 2016 Brexit referendum, but did not explain the method or evidence behind the claim.
  • Burnham's claim contradicted Boris Johnson's position in 2020, when a Britain Parliament report also failed to determine whether Russian interference had taken place.
  • Russia had previously denied interfering and the Russian Embassy in London has yet to comment, while Burnham warned about the possibility of Moscow's influence in France and Germany.
  • Brexit was won by 52 per cent of votes to leave the EU and triggered a major political crisis, while Burnham may campaign for Britain to rejoin the EU.
Dijana oleh AI
LONDON: Perdana Menteri Britain Andy Burnham mendakwa Rusia campur tangan dalam referendum Brexit pada 2016, sambil memberi amaran kepada para pengundi di Perancis dan Jerman mengenai usaha Mosko untuk mempengaruhi politik negara mereka.

Encik Burnham, yang mengambil alih kepimpinan Britain pada Julai lalu, merupakan Perdana Menteri Britain pertama yang secara terbuka menyatakan terdapat bukti campur tangan Rusia dalam referendum tersebut.

Dalam wawancara bersama podcast The Rest Is Politics yang diterbitkan pada Ahad (11 Okt), beliau berkata pihaknya sudah mendapatkan pengesahan mengenai campur tangan Rusia dalam referendum itu.

Bagaimanapun, Encik Burnham tidak menjelaskan bagaimana Rusia didakwa campur tangan atau mendedahkan bukti yang menyokong kenyataannya.

Kedutaan Rusia di London belum memberikan maklum balas terhadap permintaan untuk mengulas perkara itu.

Rusia sebelum ini menafikan sebarang campur tangan dalam referendum Brexit dan menyifatkan Britain sebagai terlalu dipengaruhi sentimen anti-Rusia.

DAKWAAN BERCANGGAH DENGAN PENDIRIAN TERDAHULU

Kenyataan Encik Burnham berbeza daripada pendirian mantan Perdana Menteri Boris Johnson, yang menyokong kempen Britain keluar daripada Kesatuan Eropah (EU).

Pada 2020, Encik Johnson berkata tiada bukti campur tangan Rusia dalam referendum berkenaan.

Dalam referendum pada 2016, sebanyak 52 peratus rakyat Britain mengundi untuk meninggalkan EU, manakala 48 peratus memilih untuk kekal.

Keputusan itu mencetuskan krisis politik terbesar di Britain sejak Perang Dunia Kedua.

Sebuah laporan Jawatankuasa Perisikan dan Keselamatan Parlimen Britain pada 2020 mendapati kerajaan Britain gagal menentukan sama ada Rusia campur tangan dalam referendum Brexit.

Laporan tersebut turut mendapati Rusia berusaha mempengaruhi referendum kemerdekaan Scotland pada 2014, yang menyaksikan para pengundi menolak kemerdekaan.

BRITAIN MUNGKIN PERTIMBANG SERTAI SEMULA EU

Encik Burnham menegaskan bahawa para pengundi di negara demokrasi Eropah perlu lebih memahami usaha pihak luar untuk mempengaruhi proses politik mereka.

Beliau turut memberi amaran bahawa sebahagian kegiatan politik di Perancis dan Jerman mungkin didorong oleh Rusia.

Bulan lalu, Encik Burnham berkata beliau mungkin berkempen supaya Britain menyertai semula EU pada pilihan raya umum akan datang.

Kenyataan itu sekali lagi mencetuskan perbahasan mengenai hubungan Britain dengan EU, sedekad selepas referendum Brexit.
Sumber : Reuters/FD/fd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita