Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PM Britain Boris Johnson berkeras tidak akan letak jawatan

Perdana Menteri Britain Boris Johnson berkeras tidak akan meletakkan jawatan meskipun berdepan tekanan dari pelbagai pihak termasuk pihak pembangkang ketika ini.

Anggaran Waktu Membaca:

LONDON: Perdana Menteri Britain Boris Johnson berkeras tidak akan meletakkan jawatan meskipun berdepan tekanan dari pelbagai pihak termasuk pihak pembangkang ketika ini.

Beliau yang didakwa melanggar perintah sekatan COVID-19 setelah menghadiri satu acara sambutan Krismas pada Disember 2020, diasak dengan pelbagai soalan dalam sesi Parlimen pada Rabu (26 Jan).

Ketua Pembangkang Keir Starmer mendakwa Johnson menunjukkan sikap "menghina negara" susulan penganjuran acara itu di Downing Street dan Cornwall ketika perintah sekatan masih dilaksanakan.

Laporan siasatan penuh dakwaan terhadap Johnson dijangka dikeluarkan dalam tempoh terdekat dan mungkin menjadi benteng terakhir buat Parti Konservatif mengekalkan kerajaan yang dipimpinnya.

Kebanyakan wakil rakyat dari partinya ingin menunggu laporan rasmi dikeluarkan sebelum menyatakan pendirian sokongan terhadap Johnson atau sebaliknya.

Polis Metropolitan London berkata pada Selasa (25 Jan), pihaknya membuka kertas siasatan bagi menyiasat pelanggaran perintah COVID-19 melibatkan Johnson.

Johnson turut dilaporkan menghadiri beberapa acara termasuk parti musim panas dan Krismas beberapa bulan sebelum ini.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan