Skip to main content

Dunia

PM Britain Boris Johnson arah sekatan COVID-19 dilaksana semula

Perdana Menteri Britain Boris Johnson mengarahkan sekatan dilaksanakan semula di negara itu sedang jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Britain melepasi angka sejuta.

Anggaran Waktu Membaca:
PM Britain Boris Johnson arah sekatan COVID-19 dilaksana semula

Perdana Menteri Britain Boris Johnson memakai pelitup muka. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 01 Nov 2020 03:52PM Dikemas Kini : 01 Nov 2020 03:54PM

LONDON: Perdana Menteri Britain Boris Johnson mengarahkan sekatan dilaksanakan semula di negara itu sedang jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Britain melepasi angka sejuta.

Sekatan selama sebulan itu bakal dimulakan pada Khamis nanti.

Gelombang kedua jangkitan COVID-19 di Britain bermula lewat September lalu sekaligus meningkatkan jumlah kematian juga.

Keadaan itu mengancam untuk menjejas teruk sistem kesihatan Britain.

Britain menyaksikan jumlah kematian COVID-19 terbanyak di Eropah.

Para pakar meramalkan keadaan "paling teruk" boleh dijangkakan dengan lebih 80,000 kematian.

Sekatan selama sebulan itu akan bermula dini hari Khamis nanti dengan para penduduk hanya dibenarkan keluar rumah bagi sebab-sebab tertentu saja.

Britain juga akan melaksanakan semula subsidi gaji kecemasan.

Di bawah skim itu para pekerja yang diberhentikan semasa tempoh sekatan akan menerima 80 peratus gaji.

Kedai-kedai penting, sekolah dan universiti akan terus dibuka. 

Sumber : Agensi berita/RU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita