Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PM Boris Johnson mohon maaf kepada Ratu Elizabeth

Anggaran Waktu Membaca:
PM Boris Johnson mohon maaf kepada Ratu Elizabeth

Encik Boris Johnson. (Gambar: Jack Hill/AFP)

Diterbitkan : 14 Jan 2022 10:04PM Dikemas Kini : 14 Jan 2022 10:04PM

LONDON: Pemerintah United Kingdom (UK) meminta maaf kepada Ratu Elizabeth II hari ini (14 Jan) selepas kakitangan Perdana Menteri Boris Johnson didapati melanggar peraturan koronavirus dengan berpesta sehari sebelum jenazah Putera Philip disemadikan. 

"Sangat dikesali ia berlaku semasa seluruh negara sedang berkabung dan pejabat saya di Downing Street sudah memohon maaf kepada pihak istana," menurut jurucakap rasmi Encik Johnson kepada wartawan. 

Pernyataan maaf kepada Ratu Elizabeth yang berusia 95 tahun itu dipercayai disampaikan melalui saluran-saluran rasmi dan tidak dihantar sendiri oleh Encik Johnson, yang semakin tertekan untuk melepaskan jawatannya menyusuli beberapa dakwaan serupa. 

Sejauh ini, Encik Johnson cuba meredakan kemarahan orang ramai dan mengendurkan ketegangan politik dengan memohon maaf di parlimen minggu ini kerana menghadiri salah satu daripada pesta-pesta yang dianjurkan pada Mei 2020. 

Sungguhpun demikian, kedua-dua pesta pada 16 April 2021 diadakan sedang Ratu Elizabeth membuat persiapan bagi upacara persemadian suaminya selama 73 tahun itu - dan dengan terbongkarnya kes itu oleh akhbar Daily Telegraph - memuncakkan lagi skandal tersebut.

Akhbar tersebut, di mana Encik Johnson pernah bertugas sebelum menceburi politik, biasanya menyokong pemerintah Konservatif pimpinan Encik Johnson. 

Upacara persemadian Putera Philip di Istana Windsor dihadkan kepada 30 tetamu disebabkan oleh peraturan COVID-19 sehinggakan Ratu Elizabeth terpaksa duduk bersendirian di gereja sebelum menyampaikan ucapan perpisahan terakhirnya.

Kira-kira 30 anggota kakitangan Encik Johnson mengadakan pesta pada malam sebelum upacara tersebut, dengan kehadiran DJ dan minuman keras yang dibeli daripada sebuah pasar raya dan diseludup ke dalam Downing Street menggunakan sebuah beg pakaian.

Encik Johnson, yang sedang menjalani pengasingan diri setelah seorang anggota keluarga terdekat dijangkiti COVID-19, berada di kediaman rasminya, Chequers, ketika kejadian itu, menurut laporan Telegraph. 

Sumber : AFP/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa