Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PM Boris Johnson mohon maaf hadiri pesta 'kerja' tatkala perintah berkurung COVID-19

Kedudukan Perdana Menteri Britain Boris Johnson tercabar selepas beliau memohon maaf kerana menghadiri satu pesta di taman Downing Street.
 

Anggaran Waktu Membaca:
PM Boris Johnson mohon maaf hadiri pesta 'kerja' tatkala perintah berkurung COVID-19

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 13 Jan 2022 04:23PM Dikemas Kini : 13 Jan 2022 04:23PM

BRITAIN: Kedudukan Perdana Menteri Britain Boris Johnson tercabar selepas beliau memohon maaf kerana menghadiri satu pesta di taman Downing Street.

Pesta itu diadakan semasa Britain sedang menjalani perintah berkurung akibat COVID-19, menurut laporan Reuters.

Setelah memohon maaf secara terbuka, para anggota kanan parti Konservatif Encik Johnson sendiri meminta Perdana Menteri Britain itu agar meletakkan jawatan.

Encik Johnson menegaskan beliau percaya pesta itu adalah "acara kerja" tetapi berasa kesal beliau tidak melakukan perkara yang betul. Encik Johnson menambah, beliau sepatutnya meminta semua hadirin untuk berada dalam bangunan.

"Saya mahu memohon maaf. Saya tahu jutaan orang merata negara ini sudah berkorban sepanjang 18 bulan lalu. Saya tahu penderitaan yang perlu mereka lalui. Saya sepatutnya sedar terdapat beberapa perkara yang kami salah lakukan dan saya mesti bertanggungjawab," ungkap Encik Johnson.

Pihak pembangkang Britain juga menggesa Encik Johnson untuk meletak jawatan. Ketua Pembangkang Sir Keir Starmer turut mempersoalkan permohonan maaf Encik Johnson, lapor Reuters.

"Permohonan maaf itu tidak bermakna bukan? Ia sungguh tidak masuk akal dan agak menyakitkan hati warga Britain. Adakah beliau akan melakukan langkah yang betul untuk meletak jawatan?"

Para penduduk Britain berbelah bagi sama ada Encik Johnson perlu mengundurkan diri.

Walaupun mereka akur kesalahan yang dilakukan, menurut Reuters, ada yang merasakan tidak perlu untuk Encik Johnson meletak jawatan.

Seramai 54 daripada 360 Anggota Parlimen Parti Konservatif perlu menulis surat tidak yakin terhadap PM Johnson untuk mencetuskan pertukaran kepimpinan.

Sumber : Reuters/FZ/fz

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa