Skip to main content

Dunia

PM Bangladesh Sheikh Hasina larikan diri ke India, tentera umum pemerintah sementara dibentuk

Anggaran Waktu Membaca:
PM Bangladesh Sheikh Hasina larikan diri ke India, tentera umum pemerintah sementara dibentuk

(Gambar: AFP/KIMIMASA MAYAMA)

Diterbitkan : 06 Aug 2024 07:59AM
NEW DELHI: Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina tiba di pangkalan tentera udara di India pada petang Isnin (5 Ogos), selepas beliau melarikan diri dari negaranya berikutan tunjuk perasaan besar-besaran terhadap pemerintahnya, menurut media India.

Sheikh Hasina berada di dalam pesawat Tentera Udara Bangladesh yang mendarat di pangkalan Hindon Tentera Udara India, di Ghaziabad, berhampiran ibu kota New Delhi, lapor Agensi Anadolu memetik saluran berita India Today.
Sheik Hasina menikmati hubungan rapat dengan India semasa pemerintahannya.

Mantan perdana menteri itu dikatakan sedang dalam perjalanan ke London, menurut laporan India, memetik sumber.

Menteri Hal Ehwal Luar India Subrahmanyam Jaishankar memberi taklimat kepada Perdana Menteri Narendra Modi mengenai perkembangan di Bangladesh, kata laporan itu.

Sementara itu, kumpulan Pelajar Menentang Diskriminasi, yang memimpin protes besar-besaran terhadap kerajaan Liga Awami Hasina, menyeru orang ramai untuk menahan diri daripada sebarang keganasan.

"Kita perlu melindungi negara ini. Semua aset dan harta negeri ini adalah milik rakyat," kata Nahid Islam, seorang daripada penyelaras.

Ketua tentera Bangladesh Jeneral Waker-uz-Zaman sebelum itu mengumumkan pemerintah peralihan dibentuk selepas Heikh Hasina melarikan diri dari negara itu di tengah-tengah bantahan ganas di seluruh negara.

Pihak berkuasa di Dhaka juga menutup Lapangan Terbang Antarabangsa Shahjalal, menurut akhbar harian nasional Prothom Alo, manakala syarikat penerbangan India menggantung penerbangan ke Bangladesh.
 
Sumber : Bernama/SU/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita